Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Bilik Berita Harakah akan berganding bahu menghulurkan bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim piatu bermula Ramadan ini. Kerjasama itu membuktikan kesungguhan unit editorial Harakah serta Dewan Muslimat bagi menjayakan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama.
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Osman berkata, program bantuan itu telah bermula sehari sebelum Ramadan dan berterusan selagi ada masyarakat yang perlu dibantu.
Katanya, Bilik Berita Harakah akan memberi sokongan kepada Dewan Muslimat untuk membuat laporan di sepanjang program kebajikan itu dijalankan. Beliau berharap golongan korporat, swasta dan badan bukan kerajaan turut berganding bahu menghulurkan bantuan bagi mencapai misi agenda kebajikan rakyat tercapai.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, program kebajikan itu telah bermula 10 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Ramadan dengan edaran kurma dan bubur lambuk di stesen komuter di Bandar Tun Razak, Cheras.
Dana Kebajikan Muslimat itu bukan hanya memberi bantuan di bulan Ramadan tetapi digunakan untuk sumbangan bencana alam, kematian, menjelang musim-musim perayaan dan sebagainya.
Beliau mengingatkan kebajikan merupakan menghidup-suburkan amalan bersedekah terutamanya di dalam bulan ramadan di kalangan masyarakat yang mana pahala bersedekah pada bulan ini diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah. Menurutnya Islam sememangnya daripada awal mementingkan kehidupan saling bantu membantu antara anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Sesiapa sahaja boleh beramal jariah dengan memberi sumbangna terus kepada Dana Kebajikan DMPP di mana Dana itu akan disalurkan kepada aktiviti kebajikan seluruh negara. Bank Malayan Banking Berhad
No Akaun: 564025400533.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan