KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

Setpol Presiden PAS jelaskan kenapa dan mengapa Tuan Guru Abdul Hadi Awang sering ke luar negara?


Pelbagai soalan diajukan kepada oleh Tarmizi Mohd Jam dan Roy Rasul dalam satu pertemuan khas bersama Dr Samsuri di Pejabat Agung PAS, Khamis 30 Julai lalu.


Muqqadimah: Agak panjang lebar juga penjelasan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Samsuri Ahmad Mokhtar dalam menjelaskan kenapa dan mengapa Presiden PAS sering ke luar negara. Akar umbi tertanya-tanya. Sejauh mana penglibatan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memainkan peranannya di pentas antarabangsa. Sarat dengan pengalaman yang berbagai, menjadi daya tarikan rakan-rakan luar negara berkongsi susah senang dengan Presiden PAS ini. Harakah mewawancara Dr. Samsuri bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu yang berlegar-legar ini. Ikuti wawancara TARMIZI MOHD JAM dan ROY RASUL bersama beliau di Pejabat Agung PAS baru-baru ini. Ini bahagian pertama dari dua bahagian yang akan disiarkan. Juru Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH.    

Banyak timbul rungutan daripada ahli-ahli khususnya, mengenai lawatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang ke luar negara. Dari satu sudut PAS gagal menjelaskan atau melaporkan kunjungan itu kepada umum. Ini menjadi perbualan di peringkat akar umbi. Barangkali, Dr. selaku Setiausaha Politik Presiden mungkin dapat menjelaskan kekeliruan ini.

DR SHAMSURI AHMAD MOKHTAR: Sebelum saya jawab apakah tujuan ataupun persoalan kenapa Presiden PAS   ke luar negara, saya rasa  kena pergi konteknya dahulu senario yang wujud sehingga menimbul keadaan demikian dalam kunjungan PAS ke luar negara ini. Ia ada dua senario pertama, kita kena balik kepada asasnya, PAS ini sebuah gerakan Islam. PAS mengambil pendekatan siasah atau politik, kita juga ambil pendekatan dakwah dan tarbiah. Jadi ketiga-tiga pendekatan ini berjalan seiring dengan PAS sebagai sebuah parti politik yang berdaftar sah mengikut undang-undang dalam negara ini.  Jadi, diatas sifatnya sebagai sebuah gerakan Islam maka kalau kita kaji sejarah kedudukan PAS sendiri, merupakan mata rantai bagi perjuangan Islam, menegakkan Islam dan membenteras kezaliman memerangi penindasan dan sebagainya. Dan gerakan Islam berdiri di atas pelbagai nama. Maknanya PAS di Malaysia dalam konteks di Malaysia dan di tempat-tempat lain di dalam nama-nama yang berbeza. Di Timur Tengah dengan nama Timur Tengah hatta di negara-negara sebelah Eropah dengan nama mereka sendiri. Cumanya mempunyai kefahaman yang sama iaitu sebagai pegerakan menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman dalam nama-nama yang pelbagai itu. Maka dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada zaman ini, faktor georafi kedudukan setiap negara itu menjadi signifikan dibanding suasana zaman dahulu. Dalam masa sama, ancaman terhadap negara-negara dan parti politik terutamanya juga tidak mengenal sempadan. Bila kata ancaman itu, dia bukan lagi pada zaman ini orang tidak lagi tentang ancaman senjata. Ancaman itu satu hal tetapi ancaman maklumat yang tidak sampai. Ancaman dari segi maklumat yang tidak betul dan bertebaran di seluruh dunia. Ini satu senario.

Maknanya, tuntutan PAS sebagai gerakan Islam antarabangsa telah menarik perhatian dunia. Begitu?

Ya. Sebagi gerakan Islam yang wujud di pelbagai tempat dan Malaysia ini, PAS sebagai siasah politik tidak lagi bergerak secara terpisah. Kita seorang di sini, tidak syok sendiri di Malaysia. Tanpa mengambil kira apa yang berlaku di luar di Malaysia tetapi di atas sifat senario tadi. Jadi, tentulah banyak maklumat dari segi pergerakan, aktiviti-aktiviti pencapaian yang kita perolehi di Malaysia, perlulah diharmonikan, difahamkan kepada komuniti luar. Dalam masa yang sama, terdapat pergerakan Islam yang berada di tempat lain yang nama lain tetapi bergerak di atas dasar dan prinsip yang lebih kurang sama dengan PAS. Mereka juga tidak bergerak terpisah di tempat mereka dan perlulah berbincang dengan gerakan Islam di Malaysia ini. Dalam konteks kita ini ialah PAS bertukar maklumat di pelbagai tempat mereka ini, boleh diharmonikan dan dibincangkan bagaimana untuk mencari pendekatan terbaik.

Contoh yang mudah, bagi mejelaskan hal ini...

Satu contoh yang boleh saya sebut mungkin apabila berlaku isu-isu antarabangsa di Palestin umpamanya. Tentunya penyelesaian kepada isu ini bukan saja kita serahkan kepada orang Palestin atau Timur Tengah tetapi rakan-rakan yang bergerak  atas nama Islam itu  dan Malaysia ini adalah PAS mereka juga memainkan peranan sendiri. Di akhir nanti, saya akan sebut apakah peranan yang pernah kita mainkan di peringkat antarabangsa yang kita katakan tidak bergerak di atas bentuk sempadan itu. Jadi atas senario itu boleh saya sebut apa tujuan sebenar kunjungan Presiden PAS ke luar negara.

Ya... kalau Dr. boleh lanjutkan lagi.

Saya boleh bagi dua ketegori yang besar. Pertama, peranan PAS di peringkat antarabangsa itu baru satu. Kemudian baru kita masuk di segi spesifik. Di peringkat PAS ada beberapa perincian. Pertama, perlu pengiktirafan dan sokongan antarabangsa dan dalam masa PAS tidak lagi bergerak bersendirian kerana kita sekarang ini bercakap hendak memerintah Malaysia jadi perlu diberi satu wajah baru di peringkat antara bangsa satu pengiktirafan dan sokongan masyarakat tentang kewujudan PAS. Kita pergi ke perincian kedua, sebab PAS adalah sebuah parti politik yang sah di segi undang-undang. Kita lihat apa yang berlaku di Algeria umpamanya walaupun sebuah parti politik yang sah tetapi disebabkan oleh kemenangan parti Islam ini dicemburui oleh sesetengah pihak yang kurang senang terutamanya pentabiran barat terutama Amerika Syarikat dan sekutunya. Sekiranya kita tidak melakukan usaha di peringkat awal bertemu untuk menyatakan kewujudan PAS, tidak menjadi ancaman kepada sesiapa.

Adakah ini satu gerakan kerja yang berterusan dan PAS perlu berada di peringkat antarabangasa?

Saya sambung lagi. Ketiganya, dalam masa yang sama kita ingin melunakkan pandangan orang luar masyarakat antarabangsa kepada PAS sebab kita selalu dimomokkan sebelum ini PAS memerintah Malaysia maka akan berlakulah kezaliman, penindasan terhadap orang bukan Islam dan sebagainya. Jadi, dengan kehadiran PAS di peringkat antarabangsa boleh memberi satu gambaran baru bahawa PAS tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa dan PAS yang memahami dengan masyarakat antarabangsa. Yang seterusnya, ini semua tadi perincian yang saya sebut boleh menjadi anjakkan untuk PAS ini sebagai sebuah parti nasional yang akan memerintah negara. Ini sebagai satu persediaan selain daripada itu perinciannya PAS membantu dalam kita mengenengah isu-isu antarabangsa di pelbagai tempat untuk menjadikan sebuah parti yang memahami isu antarabangsa dan bercakap di pentas antaranbangsa. Ini peranan PAS secara umum.

Baik. Dr telah unjurkan beberapa rasionaliti mengapa PAS berada di arus antarabangsa. Tapi, soalan asal masih belum terjawab...

Secara spesifiknya, ini baru kita pergi kepada soalan tadi kenapa Presiden PAS dan tidak orang lain? Dalam kita nak memahami senario ini, kita kena memahami bahawa Presiden PAS ini antara generasi awal yang ditarbiah dalam satu sistem tarbiah dengan usrah yang begitu lama semasa beliau belajar di Timur Tengah. Pernah mendapat usrah dari naqib beliau adalah Syeikh Said Hawwa sendiri dan beberapa pimpinan gerakan Islam yang tersohor. Jadi, dalam keadaan senioriti Tok Guru ini, ditambah pula dengan pengalaman politik yang lama. Beliau menjadi ahli politik pada awal 30-an dan pada usia 32 atau 33 tahun tak silap saya, sudah diangkat menjadi Naib Presiden PAS. Beliau antara ahli politik dan pimpinan gerakan Islam yang lama, pernah menjadi ketua pembangkang dan pernah menjadi pembangkang. Pernah jadi pentadbir penggubal undang-undang. Menteri Besar ahli parlimen. Jadi, pengalaman yang pelbagai ini, ingin dimanfaatkan oleh rakan-rakan gerakan Islam yang ada di merata dunia.

Maksudnya, pengalaman pelbagai ini menjadi daya tarikan antarabangsa mengundang beliau...

Ya...kerap kali mereka meminta Presiden PAS hadir untuk memberi buah fikiran dalam isu-isu global pelbagai konteks. Ada yang meminta beliau berucap untuk ucap utama. Minta hadir untuk mesyurarat-mesyuarat tertentu, jadi pakar rujuk dan sebagainya. Semuanya  ini, mengambil pengalaman-pengalaman. Kalau kita tengok generasi awal yang terlibat dalam gerakan Islam, Ikhwalnul Muslimin contohnya. Mereka yang aktif di awalnya kini tak ramai yang ada lagi sekarang.  Kalau ada yang tinggal pun mungkin mereka di Timur Tengah tapi tak ada pengalaman politik dan pentadbiran yang lama, boleh dijadikan pemimpin politik, ketua menteri dan sebagainya. Ini kekurangan mereka.

Adakah Dato' Seri Presiden, ada banyak jawatan di peringkat antarabangsa?

Ini kita kena faham. Di peringkat antarabangsa Tuan Guru Presiden mempunyai beberapa jawatan yang penting. Pertama dengan Lembaga Amanah Muasasah Al-Quds yang pengerusikan Sheikh Yusuf Al-Qhardawi sendiri. Jadi tak ramai ahli lembaga amanah ini, antaranya ialah Presiden PAS dan tentulah beliau sekurang-kurangnya setahun sekali ada program mesyuarat. Al-Quds saja ada dua program setahun. Itu untuk satu organisasi dan kita tahu Muasasah Al-Quds ini memainkan peranan penting dalam gerakaan kemanusiaan di Palestin.  Beliau juga ahli jawatankausa al Taqrid Mazahib, satu organisasi yang ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu. Taqrid Mazahib ini satu organisasi yang mengumpulkan tokoh-tokoh ulama Sunni dan Syiah dalam satu jawatankuasa membincangkan bagaimana untuk melunakkan perbezaan pendapat yang bertentangan antara sunni dan syiah. Sedikit sebanyak perkara ini dapat diredakan. Bayangkan jika sunni dan syiah ini berperangkan, sedangkan di luar sana ada Yahudi, tentu banyak perkara kita tidak boleh buat. Jadi, dengan kewujudan jawatankuasa dan peranan Presiden PAS berada dalam jawatankuasa itu, sedikit  sebanyak dapat membantu dari segi mengharmonikan suasana yang lebih aman di kalangan kumpulan sunni dan syiah. Itu tak kira lagi jemputan-jemputan ucap utama dalam mesyuarat yang meminta kehadirannya atas nama pengalaman dan sebagainya.

Kenapa Tok Guru Presiden PAS?

Di manakah hasil kejayaan-kejayaan kita. Saya boleh sebut dari segi ini, PAS terlbat dalam bebrapa isu. Tok Guru sendiri terlibat sebagai moderator perunding bagi menyelesai isu antarabangsa seperti isu Afgahanistan bersama dengan pimpinan lain pada masa itu Dato' Mustafa Ali, arwah Dato' Fadzil Noor dan arwah Ustaz Hasan Shukri. Dalam isu Afghanistan, berjaya mengusir Rusia dalam tahun 80-an. Dalam isu Acheh. Bagaimana perdamaian boleh dicapai. Oleh kerana PAS dan Tok Guru ada hubungan dengan GAM suatu masa dulu maka Tok Guru ada berjumpa dengan mereka beberapa kali di Sweden kerana mereka menjadi pelarian politik. Alhamdulillah atas saranan  syor kita menjadi pendamai dan dengan saranan ini dan ditambah pula dengan tsunami yang  menyebabkan usaha untuk perdamaian boleh berlaku.