KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Ogos 04, 2010

Kontroversi pasir Selangor: Pemimpin Umno tersepit dengan sistem baru

Kuasa pemberian tender oleh majlis daerah negeri-negeri kepada syarikat pengorek pasir hanya akan menyebabkan berlaku lebih banyak ketirisan dan penyelewengan memandangkan ia akan diagihkan kepada kroni-kroni pihak tertentu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, sistem memberi kuasa kepada majlis daerah terbukti berlaku penyelewengan seperti ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sebelum ini.

"Ketika pemberian lesen dan permit dikeluarkan majlis daerah sebelum ini, banyak projek itu diagihkan kepada kroni-kroni pihak tertentu, termasuk kepada wakil MIC, MCA dan Umno. Atas sebab itulah mereka (Umno) ingin kuasa itu dikembalikan," dakwa Dr Dzulkefly ketika dihubungi, 23 Julai lalu.

Katanya, memanglah pemimpin Umno mahu sistem lama dikembalikan semula, kerana ia lebih memudahkan mereka 'menguasai' pasir di Selangor kerana kronik dan proksi mereka masih tebal di majlis-majlis daerah. Tetapi, dengan sistem baru yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat ini, lebih ramai pemimpin Umno yang membina kekayaan melalui jualan pasir ini, dan dengan duit inilah mereka menjadikan modal untuk membiayai kerja-kerja politik mereka.  

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim mengembalikan semula kuasa pemberian tender kepada majlis daerah. Selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor, kuasa pemberian tender berkenaan diberikan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, kata Dr Dzulkefly, keinginan bekas Menteri Besar itu hanya untuk mengembalikan satu sistem lama yang banyak 'menyumbang' kepada kroni-kroni tertentu, sekaligus menafikan hak rakyat untuk menikmati hasil dari industri pasir kerajaan negeri.

Tiada ulasan: