Akhir-akhir ini agak kasar dan keras bentuk "serangan politik" yang dilakukan oleh UMNO dan BN ke atas PAS dan Pakatan Rakyat. Media cetak dan elektronik pastinya menjadi "peluru tembaga" yang cuba untuk mensasarkan kekebalan "jantung" Pakatan Rakyat.
Modus operandi mereka cukup mudah untuk dibaca kerana ia diatur dan digerakkan dalam keadaan cemas dan terdesak demi meningkatkan kembali reputasi mereka yang jatuh teruk dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada prestasi mereka.
Tindakan UMNO dan BN mutaakhir ini demi memburukkan nama baik PAS semakin liar dan kelihatan tidak terkawal. Baru-baru ini ditimbulkan isu doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat yang kononnya salah dan bertentangan dengan Islam malah didakwa cuba menggantikan nama Yang di Pertuan Agong. Akhirnya mereka kantoi apabila didedahkan perbuatan doa malah membaca Yassin dan solat hajat yang dilakukan oleh UMNO buat calon BN Kamalanathan di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.
Sedang doa yang dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Zakaria Ahmad dalam khutbahnya adalah untuk memohon hidayah Allah swt kepada Lim Guan Eng agar Lim Guan Eng menerima Islam. Satu doa yang terpuji dari pandangan agama Islam agar pemimpin itu diberikan hidayah. Terkini UMNO dan BN memainkan isu Yb Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan ia dianggap sebagai suatu yang terlarang.
Mereka menggambarkan kononnya MP Serdang itu menyampaikan "tazkirah" kepada ummat Islam di surau tersebut. Sepantas itu pihak JAIS dan MAIS bertindak disamping turut menyelar tindakan tersebut. Lebih malang mereka cuba mengheret pihak ke bawah Duli Yang Maha Mulia sultan Selangor untuk kepentingan politik mereka. - Ustaz Nasruddin Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan