PAS menyeru Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek supaya mempelajari dan memahami Islam daripada parti itu setelah Umno ternyata gagal memberikan kefahaman tentang Islam tokoh nombor satu MCA itu.
"Tidak dinafikan, Chua tidak faham Islam kerana dia bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenar. Tentu beliau keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno hingga berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau," tegasnya kepada Harakah.
Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar membidas sikap berdiam diri Umno terhadap kenyataan pedas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam malah menghina tindakan Umno bersaing dalam soal Islam dengan PAS.
"Ini satu tindakan yang bagi saya memperlihatkan Presiden MCA menipu Umno-BN. Sebelum ini bekas Presiden MCA, Tan Sri Ling Liong Sik menipu Perdana Menteri terdahulu dan anggota kabinetnya dalam isu PKFZ dengan nilai RM12 billion. Kali ini Presiden MCA yang baru pula menipu dan menghina Islam, apa Umno buat?" soal beliau ketika mengulas isu kenyataan Chua berhubung menggunakan Islam sebagai alat politik, 10 Ogos lalu.
Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat menifatkan, MCA sebenarnya tidak memahami Islam dan disebabkan itu mereka membuat telahan semberono dan Umno selaku parti sekutu dalam BN gagal memberi kefahaman sebenar berhubung Islam kepada MCA.
"Amat malang sekali bagi Umno mempunyai rakan komponen dalam BN yang menghina Islam terang-terang. Ini tandanya Umno gagal bentuk persepsi Islam dalam BN," katanya lagi.
Ditanya berhubung kenyataan Umno sebelum ini yang menggambarkan PAS tunduk kepada DAP dalam isu Islam, Kamarudin membidas dan menyatakan sebenarnya Umnolah yang gagal mengawal MCA dari menghina Islam.
"Tiada bukti yang jelas menunjukkan mereka (DAP) desak umat Islam tak payah sembahyang atau lakukan apa-apa ibadah, atau mereka menghina agama Islam, tetapi MCA kini terang-terangan menghina Islam, apa Umno buat?" soalnya lagi.
Ini jelas menunjukkan Umno ditipu oleh MCA yang duduk 'semeja' dengan mereka dalam Barisan Nasional, katanya. Kamarudin seterusnya menggesa rakyat melihat betapa Umno sebenarnya tidak mampu mempertahankan Islam hatta apabila dicuit oleh rakan dalam BN seperti MCA.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, kenyataan Soi Lek jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental 'Islamphobia' yang parah.
Tambah malang dakwa Ustaz Nasruddin Hassan, tokoh MCA itu membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.
Tegasnya, Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka.
Ustaz Nasruddin yakin kenyataan Soi Lek ini satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan