KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

Bukti kuasa rakyat mampu bongkar semula skandal PKFZ - Anthony Loke


Penahanan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal PKFZ baru-baru ini membuktikan kuasa rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu telah berjaya diterjemahkan. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata tanpa kebangkitan rakyat isu PKFZ mungkin sukar untuk dibongkar.

"Tanpa kebangkitan rakyat pada pilihanraya umum lalu, mungkin isu ini telah dikuburkan; ini adalah kemenangan awal kepada rakyat yang berjaya memaksa pihak berkuasa untuk membuat siasatan skandal ini," katanya ketika dihubungi Harakah.

Walau bagaimana pun, Loke yang juga ahli parlimen Rasah mendakwa banyak lagi perkara yang belum didedahkan serta tidak disiasat dengan sepatutnya khususnya yang melibatkan kes berprofil tinggi. Pihaknya menegaskan untuk terus komited memantau perkembangan kes berkenaan dan berharap sistem kehakiman akan menjalankan tugas dengan adil dan telus.

"Kita akan terus memantau perjalanan kes berkenaan supaya ianya dikendalikan dengan adil dan telus. Jika pendakwaan dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan buktikan kewibawaan," ujarnya. Tegasnya, kegagalan pihak pendakwa untuk membongkar skandal kes tersebut dikhuatiri akan dipersoalkan kredibilitinya.

Tiada ulasan: