KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Bocor maklumat keselamatan: Kalau Nurul Izzah menderhaka, bagaimana pula dengan Menteri Pertahanan?


Dalam berita bertajuk "Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka", Malaysiakini 19/8/10 melaporkan:

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Berikut ialah jawapan Zahid di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2010:

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.

Apa yang saya rasa mungkin salah. Tetapi, saya dok terasa macam Zahid sengaja buat kenyataan yang begitu keras terhadap Nurul Izzah. Bila dah kena debik macam tu, tentulah Nurul Izzah akan jawab balik. Pi la baca sendiri jawapannya dalam Malaysian Insider semalam "Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia - Nurul Izzah Anwar".

Kalaulah benar apa yang saya rasa itu, adakah Zahid nak suruh kita pakat-pakat bubuh cukup-cukup Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dulunya Menteri Pertahanan?

Saya juga tertanya-tanya adakah Zahid tidak derhaka bila jawapannya di Parlimen jelas mengisyaratkan bahawa kapal selam itu tak boleh menyelam? - Penarik Beca

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahid baghitau dalam parlimen MALAYSIA!! dia jujur pada rakyat dan perwakilan negara bila dia bagitau camtu. Izzah pi declare kat tv INDONESIA!!! hang tu rakyat malaysia atau indonesia!!! kalo suker no indon tu pi la duduk sana!!

yanmaneee berkata...

lebron james shoes
balenciaga
air jordan
nike off white
curry 6 shoes
golden goose sneakers
off white
kobe
golden goose outlet
jordan shoes