KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

Taktik Najib Tun Razak seret Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ untuk pulih sokongan

Skandal terbesar melibatkan Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ) bakal menggegarkan, bukan sahaja kepada MCA dan pimpinannya atau Umno, tetapi seluruh kerajaan Najib Tun Razak. Umum memerhatikan adakah skandal tersebut yang mengheret bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik ke muka pengadilan merupakan satu usaha Najib menarik kepercayaan rakyat kepada usahanya untuk memerangi rasuah dalam kerajaan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan telahan ini ternyata tepat apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin menyebutkan kes Liong Sik ini membuktikan sistem perundangan negara telus dan saksama kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap bekas anggota Barisan Nasional (BN).

"Persoalannya, adakah Liong Sik akan disabitkan bersalah atau sekadar menjadi ulangan kes seperti Kasitah Gaddam dan Eric Chia? Rakyat masih belum berkeyakinan pada akhir perbicaraan ini sama ada Liong Sik disabitkan bersalah atau terlepas dengan alasan teknikal," tegas Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Selain menyifatkan pertuduhan Liong Sik itu penuh plot bagaikan 'soap opera', Dzulkefly berkata perbicaraan skandal Liong Sik itu juga bakal memberikan pulangan kepada Najib dan BN kerana dalam masa tersebut akan berlaku pilihan raya, sedangkan penghujung cerita ini akan berakhir selepas pilihan raya.

Liong Sik diheret ke mahkamah di atas pertuduhan cuba menipu kerajaan dan jamaah menteri berhubung pembelian tanah oleh Pelabuhan Klang Authority (PKA) terhadap tanah Kuala Dimensi Sdn Bhd. Pertuduhan yang dikenakan terhadap Liong Sik mengikut Seksyen 417 dan 418  Kanun Keseksaan.

"Betapa hebatnya pemimpin MCA boleh menipu dan memperdayakan jamaah menteri tentang hal PKFZ ini.  Sudah tentu penipuan sebesar ini tidak akan berjaya dilakukan atas peranan beliau seorang, sebaliknya 'didokong' beberapa pihak lain di belakangnya," dakwa Dzulkefly.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ηi, i think that i ѕaω уou vіsited my
blog so і got here to go bаck the choose?
.I am trying to find things to enhance my webѕite!
I аsѕume its gоod enough to maκe use of
sοme оf your ideаs!!

Feel frеe to visit my ωeb-site; payday loans