KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

FDI merudum, dana tempatan mengalir keluar



Malaysia bukan sahaja mengalami penurunan kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), lebih buruk lagi turut membabitkan pengaliran keluar dana tempatan yang terbesar sebanyak RM 25.77 bilion, berbanding semua negara Asean. Meskipun negara-negara Asean juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata negara terbabit tidaklah separah Malaysia, tegas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakah.


Menurut laporan Pelaburan Dunia (WIR 2009), yang diterbitkan baru-baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD), ia telah mengesahkan pelaburan FDI Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Tambah beliau, Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion.

"Sekaligus situasi ini meletakkan Malaysia antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini," tegas Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Selain mempersoalkan keadaan tersebut dan kepentingan FDI bagi menjana ekonomi negara, DZulkefly menjelaskan ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar kerana terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6 peratus dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu pelaburan pihak swasta.

Jelas beliau, apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar, satunya kepada pertumbuhan, selain meninggalkan kesan langsung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti diharapkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

"Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dalam pelbagai bidang khususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan enam peratus yang disasar tidak dapat akan dapat dipacu.  Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan ekspot," jelas beliau. Tambah Dzulkefly, apabila sasaran enam peratus pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan negara.

Tiada ulasan: