KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Keganasan polis di Changkat Lada dan Batu Pahat: PAS diadukan kepada Suhakam


Tindakan ganas polis yang bukan sahaja mengganggu bahkan melakukan tangkapan terhadap peserta himpunan warga Felcra Kebangsaan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu diadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Ia berhubung keganasan polis yang berlaku di dua tempat berbeza iaitu di Pasir Salak dan Batu Pahat pada 31 Julai lalu.

Memorandum itu diserahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman dan diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha'ani Abdullah.

Menurut pengarah himpunan di Pasir Salak, Razman Zakaria polis mengadakan pelbagai gangguan seperti membuat sekatan jalan raya, membuat tangkapan dan enggan mengeluarkan permit berhimpun walaupun sudah dua kali dipohon.

"Meskipun himpunan tersebut diadakan secara tertutup atas tanah persendirian dengan mensasarkan orang-orang tertentu sahaja, namun ianya tetap diganggu oleh pihak polis," katanya. Permit polis juga jelasnya telah dipohon sebanyak dua kali namun ditolak atas alasan penganjur tidak mempunyai kelulusan untuk menggunakan premis persendirian itu.

Manakala dalam insiden di Batu Pahat, Khairul Faizi mendakwa polis bertindak menyerbu masuk ke premis PAS lalu merampas pembesar suara dan memaksa menghentikan segera program ceramah itu yang turut disertai oleh Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sekurang-kurangnya 50 Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah dan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Ekoran tindakan melarang diadakan ceramah, Mazlan turut mempertikaikan senario itu semakin memuncak di era pentadbiran Najib Tun Razak. Sedangkan, katanya, Najib pernah berjanji meminta mana-mana pihak yang mahu menganjurkan ceramah menggunakan premis seperti stadium, dewan tertutup, atau balai raya bukannya berarak di jalanan.

Dalam pada itu, Pengerusi Suhakam, Muhammad Sha'ani yang mendengar aduan itu dalam responnya berkata, insiden gangguan dan keganasan polis bukan perkara baru dan pernah dikritik oleh Suhakam sendiri.

Beliau turut kecewa terhadap pihak polis yang menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan berjanji akan memanjangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya selain akan mengatur pertemuan dengan pihak berwajib agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

With an unique hoodia at walmart organization that sort of just getting their feet under them.
You've been taught to leave it alone. Fast foodis convenient and greasy but it can work in the opposite direction if you feel like doing.

Here is my site ... buy pure hoodia