KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Ogos 04, 2010

Benarkah pemerdagangan manusia yang berleluasa kini untuk tujuan PRU-13?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato'Mahfuz Omar mempersoalkan apakah terdapat sindiket haram yang dibuat Kementerian Dalam Negeri(KDN) yang melibatkan Polis di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) atau Jabatan Imigresen dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.


Jelas Mahfuz, persoalan tersebut timbul apabila perkara itu  didedahkan kepada beliau dan Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar oleh individu yang membuat permohonan tersebut. 

Beliau yang mendedahkan perkara tersebut pada sidang media di lobi Parlimen baru-baru ini menjelaskan berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Menurutnya, pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka.

Manakala pada 10, 15 dan 17 Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara. 

"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara.Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan," dakwanya.

Tambah Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, sewaktu operasi 'permohonan kad pengenalan' itu berlaku, aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar semasa operasi tersebut berlangsung  dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki seolah-olah terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing.

"Saya mengesyaki mereka yang terlibat itu akan memenuhi senarai daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang. Ia juga mungkin memenuhi senarai dua juta daripada orang Melayu yang mendaftar sebagai mana diuarkan kerajaan memandangkan mereka mempunyai nama Islam yang mempunyai persamaan dengan nama-nama orang Melayu di sini. Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya," katanya.

Kes yang berlaku di Sabah ini katanya dibawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," tegasnya.

Tiada ulasan: