KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

PAS Batu sedia raikan majlis berbuka puasa bersama YB Tian Chua hujung bukan ini - Tarmizi


PAS Kawasan Batu mengucapkan berbanyak terima kasih atas undangan YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu untuk menganjurkan majlis berbuka puasa khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu. Semalam, Jumaat 20 Ogos, PAS dalam mesyuarat khasnya telah memutuskan satu tarikh untuk memenuhi tujuan itu.

Insyaallah, Setiausaha PAS Batu, Haji Ismail Yahya akan menghubungi pihak YB bagi memaklumkan butiran lanjut. Apapun, program ini selain dapat mengeratkan saliturahim ia juga upaya menonjolkan Islam sebagai agama yang tidak memisahkan hubungan dengan bukan Islam.

Melalui kaedah inilah, Islam dapat tersebar dengan baik dan bukan Islam dapat memahami dan menghormati Islam sebagai cara hidup dan bukanya sebagai agama rasmi negara semata-mata. Bagi Umno, sudah tentu usaha begitu dipandang negatif dengan pelbagai alasan yang diada-adakan. Namun, ia patut tidak dilayan kerana itulah kegagalan Umno selama bersekutu dengan rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN.

Saya selaku Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepekaan YB dalam mengendalikan persekapatan Pakatan Rakyat dalam kawasan parlimen ini.

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan