KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

Tertubuhnya Bela oleh PAS, kini polisi insurans kereta telah mulai dipermudah


Polisi memperbaharui insurans kereta yang berusia 20 tahun ke atas didapati dipermudahkan selepas tertubuhnya Gerakan Bela Rakyat (Bela) oleh PAS yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata pihaknya mendapat maklumat daripada beberapa pemilik kereta berkenaan yang cuba memperbaharui insurans kereta mereka dan mendapati begitu banyak syarikat insurans menawarkan pemberian insurans, berbanding sebelum ini.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya, beberapa kereta yang berusia lebih 20 tahun telah dipermudahkan urusan insuransnya di beberapa Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Kelang. Bagi saya, ia merupakan kejayaan awal Bela dalam menangani isu ini," kata beliau kepada Harakah, 13 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bertindak menubuhkan Bela sebagai platform membantu rakyat yang berhadapan karenah untuk memperbaharui insurans kereta yang berusia lebih 20 tahun.

Sebelum ini, pemilik kenderaan terbabit perlu mendapatkan borang melalui Malaysian Motors Insurance Policy (MMIP) dan Uni Asia, serta pelbagai karenah lain sebelum dapat memperbaharui insurans mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh Salahuddin, keadaan tersebut sudah berubah apabila terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada pemilik kenderaan terbabit.

"tetapi menjadi pendirian Bela untuk memastikan keadaan ini kekal begini, bukan seperti sebelumnya.  Kita bimbang jika sebelum ini syarikat insurans ini hanya cuba memperdayakan rakyat, sedangkan prosesnya tidaklah menyukarkan," kata beliau.

Justeru, kata Salahuddin pihaknya akan memantau dan meneruskan siasatan berhubung perkara tersebut kerana berpandangan masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan, sebelum mengeluarkan sebarang laporan lengkap mengenainya.

Tiada ulasan: