KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

PAS yakin PKFZ menjadi projek mega sara pemimpin BN dan juak kroni

PAS menyifatkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebagai sebuah projek khas bagi menyara pemimpin BN dan kroni mereka, bermula dengan menipu untuk membeli tapak, kemudian menipu dalam proses perancangan dan penyediaan pelan serta menipu dalam proses pembinaan.

"Bayangkanlah kerugian besar wang rakyat dalam projek ini yang pada asalnya dilaporkan hanya berjumlah RM RM1.957 bilion tetapi akhirnya didakwa meningkat kepada RM4.947 bilion, lebih dari dua kali ganda," dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakah.

Katanya, pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal PKFZ adalah benar. 

Menurut beliau pendakwaan ini sekaligus mengesahkan bahawa desakan Pakatan Rakyat yang mahu kes PKFZ ini dibongkar selama ini benar dan memang satu dakwaan berasas tentang wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan BN.

Liong Sik yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan kabinet bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000.00 di Pulau Indah. PAS yakin banyak pihak lagi yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukkan lakonan 'kejujuran' Kerajaan Umno-BN hari ini bagi menutup kes PKFZ, ujarnya.

"PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Dato' Seri Kong Cho Ha yang mengatakan siasatan ke atas skandal PKFZ sudah 'mencukupi' dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula. Malah kenyataan Cho Ha yang membenarkan pembayaran semula bon bernilai RM228 juta juga bercanggah dengan keadaan semasa di mana kes penyelewengan PKFZ masih dalam perbicaraan mahkamah," tegas beliau.

Ustaz Idris mendakwa, kerajaan akan melakukan kesilapan kedua jika melunaskan bayaran bon itu kerana syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, yang mengeluarkan bon tersebut telah diheret ke mahkamah oleh Pihak Berkuasa Zon Bebas (PKA) kerana membuat tuntutan berlebihan dan tidak menyiapkan kerja mereka seperti yang dijanjikan.

Tegasnya lagi, kegagalan KDSB yang dimiliki oleh jutawan Dato' Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen BN menambahkan lagi kekusutan skandal PKFZ kerana sekaligus ia menyambung siri penyelewengan ke atas projek berkenaan.

PAS katanya, mengesa agar kes ini terus dibuka untuk siasatan dan kerajaan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lagi kepada mana-mana pihak yang terlibat selagi kes ini tidak diselesaikan di mahkamah. Kes ini baru bermula dan Menteri Pengangkutan yang baru tidak berhak untuk menutup kes ini begitu sahaja melainkan jika beliau juga mempunyai kepentingan atau mahu menyelamatkan maruah BN, ujer beliau.

Ustaz Idris berharap rakyat membuka mata kerana pemimpin BN akan terus melakukan penipuan sebegini dan apa sahaja projek mega yang diumumkan mereka, pasti akan ada ketirisan wang rakyat. PAS juga berharap rakyat membuka mata kerana kes yang sama tidak mustahil akan berlaku termasuklah dalam kes pembangunan semula kampung Baru, Kuala Lumpur yang diuar-uarkan kerajaan akhir-akhir ini. 

Ustaz Idris menegaskan, kerajaan sudah mengumumkan mahu membeli tanah-tanah penduduk dengan harga yang sangat murah sekitar RM 250-RM 300 sekaki persegi tetapi selepas itu mahu mengeluarkan bon projek bernilai tinggi yang kemudiannya projek itu akan dibangunkan oleh kroni mereka di dalam GABEM (Biro Ekonomi Umno) dan seterusnya disewa gadaikan kepada pihak ketiga dengan harga lebih 3 kali ganda dari nilai yang dibayar kepada penduduk.

Sebelum satu lagi fail skandal dibuka, PAS mengingatkan rakyat supaya menukar Kerajaan dalam Pilihanraya akan datang demi kebaikan mereka dan menyelamatkan wang negara, dakwanya.

Tiada ulasan: