KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Maaf Sdra. Guan Eng, saya tak dapat penuhi undangan majlis berbuka puasa itu!

Saya berterima kasih atas undangan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menjemput saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama beliau di Khadijah Kitchen, Petaling Jaya, Khamis 19 Ogos lalu. Saya tak dapat hadir atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Sepatutnya saya pergi bersama Pengarang Harakah, Taufek Yahya dan Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong jam 5 petang hari itu. Namun, hasrat itu dibatalkan pada saat-saat akhir. Terasa ralat, tak dapat meraikan majlis itu bersama pihak media cetak dan media baru yang lain.

Saya diberitahu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Exco, Teresa Kok dan beberapa wakil rakyat lain antara yang hadir. Majlis tadi khasnya untuk media alternatif. Tidak ada wakil akhar arus perdana.

"Di meja itu dia sedang menjelaskan mengenai politik orang Melayu. Tentang provokasi Umno untuk menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan DAP. Macam-macam yang dilakukan Umno, mengenai pemilikan tanah, ruang niaga dan terbaru katanya mengenai fitnah kononya imam masjid dalam khutab jemaah telah mengganti namanya dengan nama sultan," kata Sayuti Omar memberitahu pada blognya.

Perkara itu didakwa oleh Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi. Guan Eng dalam reaksi itu biasa saja seolah sudah mengetahui atau arif dengan permainan Umno.

Saya yakin, tembelang Umno Pulau Pinang dan sikap tak cermat Zahid Hamidi itu akan lebih teruk memakan diri. Utusan Malaysia hanya melaporkan tetapi paling penting fitnah mega Umno dan Zahid itu tak dapat diterima oleh rakyat. Ini semua propaganda jahat Umno untuk menarik perhatian orang Melayu, bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi negeri-negeri lain. Utusan memfitnah, Zahid memfitnah, Umno Pulau Pinang juga memfitnah dalam isu kononnya nama Lim Guan Eng sudah menggantikan nama TYT dan Agung dalam bacaan Khutbah Ke-2 solat Jumaat. 

Tiada ulasan: