KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 13, 2008

PENGGODAM Siber MUSNAHKAN Blog KAPAK JANGAK!

Blog Kapak Jangak digodam oleh penggodam yang belum diketahui identitinya!


By TARMIZI MOHD JAM


AKHIRNYA Blog Kapak Jangak yang sarat dengan kontroversi, digodam oleh penggodam siber yang belum diketahui angkara siapa, sejak petang semalam (12 Februari 2008). Seluruh pengunjung blog itu tertanya-tanya, mengapa blog ini tidak boleh dilayari?

Saya juga merasai sesuatu sejak jam 9.00 malam tadi hingga ke pagi ini, mengapa Blog Kapak Jangak tidak boleh dibuka. Sama ada dari blog saya, sangahtoksago.blogspot mahupun melalui tranungkite.net.

Kira-kira jam 4.15 petang ini, saya terbaca penjelasan Ramli Abdul Halim, pemilik Blog Kapak Jangak dalam ruangan komen untuk artikel “TG Nik Aziz Mampu Pikat Kaum Cina?” yang saya postingkan semalam.

Terdapat satu komen sahaja. Rupa-rupanya, penjelasan atau pengumuman Ramli terhadap “kemusnahan” blog kesayangannya yang digodam oleh musuh-musuhnya.

“Saya memohon para penyliau-kelih bloh saya (KAPAK JANGAK) bersabar kerana blog saya telah berjaya dimusnahkan oleh mereka yang tidak menyenangi kemunculannya.

“Ramai yang SMS, email dan telefon bertanya apa dah jadi dengan Kapak Jangak... mulai petang tadi tak boleh buka,” ujar Ketua Pengarang Mingguan Wasilah dan Fajar Islam itu.

Pada mulanya, tambah beliau, terdapat gangguan atau kesilapan teknikal tetapi setelah diperiksa, blog itu sebenarnya sudah tiada.

Bagaimanapun, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut dari MIMOS bagi mengetahui secara terperinci dari mana, atau apa punca kemusnahan blog tersebut.

Insyaallah, Ramli begitu yakin maklumat penuh mengenainya akan dapat diperolehi dalam tempoh terdekat.

“Kalau dirasakan perlu, serangan balas pemusnahan bukan seperkara yang mustahil akan dilakukan,” tegas beliau yang amat kecewa dengan sikap penggodam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tarmizi! Patut pun dalam 2-3 hari ni mcm ada yg tak kena je dgn blog tersebut.. Sebenarnya bagi yang dah biasa menggunakan blogger@blogspot atau apa saja blog percuma perlu menanggung risiko, pada perkiraan saya sebenarnya tidak semestinya digodam atau dikhianati tetapi lebih kepada masalah di pihak blogger@blogspot itu sendiri yg memang memang mrk dgn sebab yg tidak diketahui oleh tuan punya terus ditarik balik atau dilenyapkan blog kita. DAH NAMANYA PUN BLOG PERCUMA! saya ulangi BLOG PERCUMA! kita yang register bukan pemilik mutlak.. kita org yang berdaftar sahaja bukan pemilik sebenar. Jadi untuk mengatakan bahawa blog ini digodam pada pendapat saya, hanya mereka yg kurang arif sahaja akan mengata begitu. Mungkin ada yg menyoal kenapa blog Ramli shj tidak blog lain.. sebenarnya perkara ini kekadang tu terjadi secara kebetulan.. kenapa kebetulan? ye lah orang kata blog kapak jangak kontroversi dsbg.. jadi utk hendak mengetahui betul2 sebab musabab kenalah rajin bertanya pihak blogger@blogspot atau google. Insya-Allah biasanya mereka akan menjawab.. oleh krn Sdr Tarmizi rapat dgn Sdr Ramli cubalah beritahu beliau perkara ini.. nasihat saya sblm beliau menuduh sesiapa lebih baik bertanya dgn google dahulu.. (Member saya pun dah ramai terkena dgn blogspot mereka).. kalau bernasib baik blog itu dapat kembali kalau tidak memang kosong. Itu pandangan peribadi saya sahaja, nak terima atau tidak terpulanglah

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dgn tranung kite ? nampak gaya sudah kena serang. tranung pun satu. ada mailing list tak mahu guna.
http://groups.yahoo.com/group/shoutussyabab/