KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Ketua Muslimat Pusat DIPERTARUHKAN Di DUN TAHAN?

SEGMEN
DESAS-DESUS PILIHAN RAYA
By TARMIZI MOHD JAM

"DI MANA Ketua Muslimat PAS bertanding?" Tanya seorang aktivis PAS Bukit Bintang kepada saya.

Sebelum itu ada call dari seorang pemimpin PAS Gombak turut ingin tahu perkara yang sama. Begitu juga beberapa rakan Unit Amal, juga kepingin sangat nak tahu!

Saya katakan, "saya tiada maklumat". Sebab, terlalu banyak maklumat yang saya kutip berkenaan kerusi yang bakal ditandingi oleh Ustaz Nuridah Mohd Salleh ini.

Sedikit masa dulu, beliau disebut-sebut bertanding di Parlimen Putrajaya dan tidak lama kemudian di Parlimen Lembah Pantai. Dalam kelam-kabut itu, beliau dikatakan bakal bertanding di sebuah kawasan parlimen di Melaka.

Kemudian, saya dimaklumkan terdapat usaha Muslimat PAS Kelantan untuk menarik Ustaz Nuridah ke Parlimen Pasir Puteh, kononnya tempat itu pernah ditandingi pada 2004 lalu oleh mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Kalthom Othman.

Saya juga mendengar desas-desus Ustazah Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah akan diperturunkan di Dun Paya Jaras. Tetapi yang terkini, ada pula maklumat tidak sahih memberitahu saya, beliau akan dipertaruhkan di Dun Tahan, dalam Parlimen Jerantut, Pahang.

Apapun, dan di mana sekalipun beliau bertanding, pilihan raya kali ini akan menyaksikan lebih ramai calon-calon muslimat diketengahkan oleh PAS Pusat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I first visited your blog, but my antispyware said that he is infected with an unknown virus.
I deleted the virus through this AntiSpyWare.
The virus does not manifest itself but gradually destroys information on the computer.