KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

75.9 % SETUJU Dato' HUSAM MUSA Ganti TG Nik Abdul Aziz!


By MOHAMAD MUKREEZ
http://klpos.com/

SELEPAS tujuh hari menyiarkan undian, seramai 740 pembaca KLpos.com memilih Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai pengganti yang sesuai kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam yang merupakan exco kanan kerajaan PAS Kelantan mendapat 562 atau 75.9 peratus undi.

Exco Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan itu merupakan bekas setiausaha politik kepada Nik Aziz dan dipercayai merupakan orang harapan dan kepercayaan Nik Aziz.

Husam yang berkelulusan Universiti Malaya merupakan pemimpin muda yang sedang meningkat naik dalam arena politik nasional.

Tempat kedua selepas Husam adalah seorang lagi exco kerajaan PAS Kelantan, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu dikatakan antara calon ulama yang menjadi pilihan untuk mewarisi kepimpinan ulama di Kelantan.

Nik Amar bagaimanapun hanya memperolehi 65 undi atau 8.8 peratus.
Undian KLpos.com hanya membenarkan pengundi mengundi sekali sahaja untuk tempoh 24 jam. Ini bagi mengelakkan orang yang sama mengundi berulang kali.

Apa yang menariknya, undian KLpos.com turut menyaksikan bekas orang kuat Umno yang tersingkir dan kini rapat dengan PAS, Datuk Ibrahim Ali menduduki tempat ketiga dengan 37 undian ataupun 5 peratus dari jumlah keseluruhan.

Ibrahim Ali bagaimanapun dikhabarkan akan bertanding di Pasir Mas sebagai calon yang mendapat restu PAS, namun sehingga kini masih belum terjawab teka-teki samada beliau akan bertanding di atas lambang PAS atau sebagai calon bebas.

3.4 peratus atau 25 pengundi KLpos.com memilih Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa sebagai calon paling layak menggantikan Nik Aziz.

Annuar Musa kini dikatakan sibuk berkempen untuk memastikan kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam pilihanraya akan datang.

Manakala, hanya 19 undi diperolehi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub untuk menggantikan Nik Aziz.

Ahmad Yakub kurang menyerlah dalam politik nasional dan pengaruh beliau hanya tertumpu di Kelantan sahaja.

Seorang lagi tokoh muda PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memperolehi sembilan undian. Beliau merupakan Exco Belia dan Sukan Kerajaan PAS Kelantan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamad turut memperolehi sembilan undi bagi menggantikan Nik Aziz. Jelas beliau tidak popular seperti Annuar Musa di Kelantan.

Dan akhir sekali, Datuk Awang Adek yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Beliau boleh diketegorikan 'tidak masuk buku' sebagai calon MB kerana dikhabarkan lebih berminat menjadi menteri pusat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta maaflah! kaji selidik yang dibuat ini langsung tidak berwibawa!!! buang masa saja kalau setakat untuk syok sendiri, kalau tak jadi nanti, buat malu diri sendiri dan juga pengendalinya. Itupun kalau ada kemaluan!!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya undian berkenaan tidak dibuat dalam saat genting ini. Ini hanya cara untuk mempromosi individu tertentu sahaja. Jika betul sebagaimana yang ditelah, akan ada individu PAS yang tidak akan bergerak aktif dalam PRU 12 ini. Setakat populariti, tiada apa yang perlu diketengahkan. Adakah anda juga terlibat dalam mempromosi individu tertentu sebagaimana telahan orang ramai? Biarlah orang Kelantan menentukan siapakah yang layak menjadi MB Kelantan jika PAS memenangi PRU12 ini.

Calun MB Kelantan ialah mereka yang tidak mempunyai masaalah dengan dengan kepimpinan PAS samada yang kecil atau yg besar, tidak mempunyai masaalah dengan wartawan2, jawatan Mb tidak menjadi agenda perjuangan, tidak pernah dikaitkan dengan sebarang tuduhan rasuah, biar pun tiada pertuduhan (kerana kesilapan teknikal sahaja), menghormati pandangan ahli biasa PAS, tidak menggunakan kedudukan atau wang untuk mempromosikan diri, mengetahui bahawa ahli PAS adalah pengarah yang meletakkan YB2 ditempat sekarang.Saya yakin jika individu berkenaan menjadi MB Kelantan selepas memenangi PRU12 kali ini, maka PAS akan berkubur dalm bumi Malaysia selepas ini.