KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

WAN AZIZAH Berkubu Di Parlimen PERMATANG PAUH!

Wan Azizah akan pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kali ini.

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail disahkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kali ini.

Anaknya, Nurul Izzah juga akan bertanding tetapi masih belum diketahui di mana.

Sebelum ini, Nurul dikaitkan akan bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan kemudian, beliau dijulang namanya untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Anwar menyatakan, isterinya Wan Azizah akan terus mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh, kerusi yang pernah dimenangi Anwar ketika dalam Umno dahulu.

Nurul Izzah yang kini menjadi Koordinator Politik kepada bapanya, ada meminta pandangan Anwar sama ada mahu bertanding atau tidak.

Tetapi, Anwar menyerahkan kembali kepada Nurul untuk menentukan keputusannya sendiri.

Anwar menegaskan, PKR akan mengumumkan calon-calonnya dalam pilihan raya kali ini seawal-awalnya Isnin ini secara berperingkat.

Beliau meramalkan pilihan raya kali ini cukup baik dan akan berpihak kepada PKR dan pembangkang.

Tiada ulasan: