KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 16, 2008

PAS Batu GERAKAN Seluruh Jentera BANTU TITIWANGSA

Haji Suhaimi Abdul Rahman akan pastikan seluruh tenaga digembeling memenangkan PAS di Parlimen Titiwangsa.

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur telah menggerakkan jentera pilihan rayanya untuk membantu PAS Kawasan Titiwangsa yang akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya Kawasan PAS Batu, Haji Suhaimi Abdul Rahman, sebagai kawasan yang kuat di Wilayah, PAS Batu telah mengerahkan seluruh tenaganya ke Titiwangsa bagi mempastikan PAS menang di sana.


Beliau berkata demikian kepada 100 orang petugas pilihan raya dalam satu Taklimat Khas Gerak Kerja Tumpu Pilihan Raya semalam, di Markaz PAS Kawasan, Taman Melewar.


"Tiada siapa yang tidak bertugas nanti. Semua kita pastikan ada peranan masing-masing di Titiwangsa. Kali ini kita turun all out bagi PAS menang," tegas beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Batu, ketika ditemui sejurus selesai program.


PAS Wilayah Persekutuan dijangka akan bertanding di tiga kawasan parlimen iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, Sabah dalam pilihan raya kali ini.


Dalam pilihan raya lalu, selain Titiwangsa, PAS bertanding di Setiawangsa.


Rundingan kali ini, Setiawangsa terpaksa diserah kepada PKR dan digantikan dengan Putrajaya.


Bagaimanapun, usaha PAS Wilayah untuk mendapatkan Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai gagal setelah ianya diputuskan oleh Majlis Presiden.

Tiada ulasan: