KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Tidak Mungkin PRESIDEN PAS Tanding Di Parlimen KEPALA BATAS!

SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA

Tidak mungkin TG Haji Abdul Hadi Awang bertanding menentang Pak Lah di Kepala Batas...

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang tidak mungkin akan bertanding di Parlimen Kepala Batas menentang Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya kali ini.


Walaupun beliau bersedia untuk ke Kepala Batas seperti yang disiarkan oleh TV3 melalui Buletin Utama, tetapi perkara itu katanya, terpulang kepada Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.


Ini bermakna, Haji Abdul Hadi sekadar mengiyakan pertanyaan wartawan yang dianggap sedang "memerangkapnya" pada sidang media yang dianjurkan oleh PAS Terengganu, sebaik pembubarkan parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri.


Adun Rhu Rendang itu dijangka akan mempertahankan kerusi Dun tersebut dan mengekalkan untuk bertanding di Parlimen Marang dalam usaha untuk merampas kembali kerusi itu dari Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.