KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Pemuda PAS Johor dan Pulau Pinang bimbang gelagat 10 MP PAS sokong Tok Guru Nik Aziz tajamkan lagi kemelut!


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS bimbang kenyataan sepuluh ahli parlimennya semalam yang menolak kerajaan perpaduan tidak akan meredakan pergeseran terbuka dalam parti itu yang dilihat semakin retak.

"Tidak perlu ramai membuat kenyataan. Kita harus bergantung kepada keputusan akhir (mesyuarat khas) untuk menyelesaikan masalah. Saya menyatakan kebimbangan bahawa saya tidak nampak (kenyataan mereka) meredakan suasana," kata ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau diminta mengulas tindakan sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat parti itu yang mengisytiharkan beramai-ramai di lobi Parlimen petang semalam. Mereka juga memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang kelihatan makin serius selepas muktamar awal bulan ini.

Wakil-wakil rakyat PAS itu: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Khairul Faizi menggesa semua peringkat kepimpinan parti termasuk ahli parlimen supaya bersabar menunggu keputusan dalam mesyuarat khas nanti seperti yang ingin diusahakan oleh Nik Aziz.

"Kita mengamalkan konsep berjemaah, masalah dapat diselesaikan dalam mesyuarat," katanya, yang juga penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS.

Beliau memberikan contoh pemimpin atasan PAS menangani pergeseran pandangan secara terbuka berhubung rundingan sulit Umno-PAS tahun lalu yang membawa kepada pertemuan khas Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu.

Khairul Faizi menambah, menteri besar itu mendapat penjelasan sebenar sehingga perkataan "muzakarah" ditukar kepada "muqabalah". Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tidak bersetuju dengan tindakan ahli-ahli parlimen PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebab kita boleh berbincang dengan elok, tapi kita (10 ahli parlimen itu) buat macam kita tidak berpakat dalam PAS," kata Mohd Yusni Mat Piah ketika dihubungi Malaysiakini. Lebih baik pimpinan pusat berbincang, lebih elok. Pemuda negeri mengikut apa sahaja yang diputuskan oleh PAS pusat."

Seperti Khairul Faizi, beliau juga menjadikan cara penyelesaian isu rundingan sulit Umno-PAS tahun lepas sebagai satu kaedah meredakan pergeseran tersebut. Beliau berkata kefahaman Abdul Hadi berhubung kerajaan perpaduan tidak sama dengan tanggapan ahli-ahli akar umbi yang boleh menimbul salah faham.

"Akar umbi ingat kerjasama Umno dan PAS itu seperti masa zaman PAS dalam BN dahulu. Mereka (akar umbi) bimbang, (PAS) masuk Umno, akan ditendang keluar seperti dalam apa yang berlaku dalam sejarah,” katanya.

18 ulasan:

TBO berkata...

salam

yang mamat berdua ni pun gatai buat kenyataan pasal ape kan diarahkan tutup mulut oleh gang UG deme, tutup molot sudah le jangan berdebek-debek
udah macam pandak leteor aje deme ni

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata tidak timbul isu PAS masuk UMNO dan tidak pernah ada pada mana-mana pemimpin PAS untuk masuk UMNO dan Barisan Nasional (BN
Cakap Macm orang bodoh je, buat malu PAS je?
Bagi pendapat saya untuk mengulas kenyataan Ustaz Nas. ini , lah KITA BILA DUDUK DENGAN ORANG MAIN JUDI , APABILA POLIS DATANG ,PIHAK POLIS CEKUP SEMUA YANG BERADA DITEMPAT ORANG MAIN JUDI ,PIHAK POLIS TAK KiRA SAMA ADA KENA MAIN JUDI ATAU TENGOK ORANG MAIN JUDI PUN PIHAK POLIS AKAN KATA KITA INI SUBAHAT SAMA. Kalu kiasan ini pun ustaz Nas tak faham saya pun tak tahu apa nak cakap lagi
Pemuda Pas Pulau pinang dan JB BimBang takut fulus dan projek Mega tak dapat .Pemuda biasalah orang muda , mereka peduli apa kalau orang tua menangis bagi orang muda janji kantung seluar ada pulus masuk

Tanpa Nama berkata...

kalau itulah kiasannya maka tokguru nik aziz pon agen yahudi kerana dia duduk skali dgn lee kuan yew yg agen yahudi tu.

Tanpa Nama berkata...

Yang peliknya, kenapa beliau tidak berasa bimbang terhadap tindak tanduk Nasha dan Presiden yang terang-terangan membelakangi keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara telah menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN termasuk konsep ‘Unity Government’.
-baca lagi di sini

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama Jun 20 :08:02

Apa makna duduk sekali? Dia bukan memerentah Kelantan dg LKY, Nasa dan Hadi nak memerentah bersama UMNO, itu berbeza.

Ikutilah perkembangan politik dengan kefahaman barulah bolih jadi barua UMNO

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

wah!!!! bila ada pihak yg menentang buat pertama kali dlm isu Kerajaan Perpaduan terus diperkatakan mengeruhkan keadaan, padahal isu kerajaan Perpaduan ni sudah berbunyi sejak tahun lepas lagi tetapi ada juga pihak dok ulang 100X, org dok bantah pon dok ulang lagi

sekarang ni org dah meluat dah dengan pihak yg jenis ketegag dan tak faham bahasa ni, nak kena bagitau berapa kali baru faham, PAS buat masa sekarang tidak perlukan kerajaan PERPADUAN dengan UMNO

sebelum ni yg keluar kenyataan hanya dr pihak yg terus setuju dgn Kerajaan Perpaduan ni, tak ada yg secara jelas membangkang

kalau org yg menyokong PAS pon dah menyampah dengan UMNO, mcm mana pula ahli PAS ada yg tergedik2 terus nak sebut pasal kerajaan PERPADUAN ni

serupasekala berkata...

Nak buat guano nasha tersalah cakap.
BAIK SALAH KAIN DARI SALAH MULUT ( peribahasa ore kelate kalu tak pehe tanya ore kelate biar dio royak ).

untuk nasha bertaubat dan kembali kepangkal jalan.kalau tidak pengundi bachok semakin marah terutama menentang kata kata tok guru nik aziz.rakyat kelete sensitif kalu menetang nik aziz.

Kembali lah ke bachok cerita yang sebenor nya. insha allah mereka akan reti dan faham,

penangkaya berkata...

jgn sedap mulut nak mengata kat org je. kita pun kena tengok silap dan b"""h kita jg. betul ke tindakan kita tu...?. jgn nak salahkan penyokong UG saja dlm hal ni. bagi aku nasya dan hadi berhak membawa gagasan idea mrk dlm pas. ini baru di peringkat cadangan. kuasa meluluskan atau tidak bukannya terletak pada hadi, nasya, nik aziz, husam, 10 mp parlimen yg bagaikan "mencuri tongkat si buta" atau sesiapapun,tetapi bergantung kepada keputusan parti. kalau tak setuju hentamlah dlm mesyuarat nanti atau ikut saluran yg betul. jgn nak hentam dan jatuhkan hukum sendiri kpd org lain atau canangkan bantahan satu dunia seolah-olah parti tu milik perseorangan.hormatilah pandangan dan idea pemimpin atasan yg telah dilantik oleh majoriti perwakilan. berilah peluang mrk buat penjelasan dan fahamkan apakah itu konsep unity goverment. klu tak bagus tolak cadangan itu secara baik dlm mesyuarat. ini belum apa2 dah buat kecoh. klu nak hentam pun, tunggulah sampai hadi balik dan buat mesyuarat pd hari isnin.

berikut adlh ringkasan maklumat ketua pemuda pas tentang isu kerajaan perpaduan dlm malaysiakini semalam.

Pada 11 Jun yang lalu, PAS pusat telah mengadakan mesyuarat. Dan kita telah mengambil satu persefahaman atau keputusan untuk menghentikan polemik isu kerajaan perpaduan sehinggalah satu muzakarah politik diadakan di peringkat parti.

Maknanya, satu mekanisme yang diambil oleh parti untuk menyelesaikan masalah atau untuk mengambil tindakan lanjut ekoran idea yang dilontarkan Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Muzakarah itu (nanti) akan dibincang secara lumat dari pelbagai aspek - dari segi hukumnya (kerajaan perpaduan), kesesuaian politik dan sebagainya.

Selepas itu, barulah presiden akan membuat pengisytiharan, apa langkah (PAS) seterusnya. Buat masa ini, (kerajaan perpaduan) hanyalah gagasan idea, pemikiran atau ijtihad politik Datuk Seri presiden dan ia terbuka kepada perbincangan.

Apabila ia telah menjadi keputusan parti di peringkat pusat (selepas muzakarah), maka seluruh kepimpinan (di semua peringkat) seharusnya mendukung keputusan yang sama. Dan saya yakin, kalau semua mendukung keputusan yang sama dan serupa, maka isu ini boleh diselesaikan.

Tinggal lagi, kita tidak bertanggungjawab dengan mainan media musuh yang mewakili Umno dan BN, sebagai contoh, yang pastinya mengambil seluruh ruang dan kesempatan memainkan isu ini.

jika sekiranya seluruh kepimpinan itu mendukung keputusan yang dicapai itu, insya Allah segalanya selesai.

kerajaan perpaduan ini adalah gagasan pemikiran yang terbuka kepada perbahasan. Saya tidak anggap (perbezaan) itu satu pergeseran, itulah wacana perbahasan yang kita maksudkan tadi.

(Kerjasama) ini bukan baru (kepada PAS), sudah banyak kali. Sebelum ini berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian Barisan Alternatif. (Kerjasama) ini semua siri-siri ijtihad politik. Apabila berlaku ijtihad politik, sedikit sebanyak berlakulah pergolakan atau perbahasan terbuka.

Di situ, pihak yang tidak bertanggungjawab mensensasikan dan melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu, bergolak buat seketika. Tetapi apabila dibuat keputusan dalam muktamar, saya percaya ahli akan bertaut kembali.

Saya lihat apa pun yang berlaku, kuncinya salah faham, atau kegagalan kita menyampaikan maklumat dengan tepat dan (kegagalan) menyelesaikan isu secara harmoni. Jadi, kalau kita boleh pulihkan isu, insya Allah banyak masalah boleh selesai.

penangkaya berkata...

sokongan geng 10 adlh sokongan bawa rebah. Geng 10 ini adalah boleh diibaratkan sebagai penangguk di air keruh, pencuri tongkat si buta, gunting dalam lipatan, si kitul pengadu domba, tentera ingkar semasa perang uhud zaman rasullullah, syiah pembuka pintu perang di iraq, penunjuk jalan portugis menyerang melaka dll yg seburuk dengannya.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kita baru nampak ada ramai pengampu UMNO dalam Pas. Tak kira apa yang telah UMNO lakukan pada Pas, tusuk kiri tusuk kanan depan belakang tapi masih mahu merapati UMNO bila ada peluang.

Apa kah petua yang di amalkan UMNO ini. Agaknya ( tak pasti,saya agak saja ) bila bersalam jangan dengan tangan kosong, selalu puja puji tak kira musuh atau sahabat . Itu lah budi bahasa.

Tanpa Nama berkata...

Benarkah gelagat 10 MP PAS sokong Tok Guru Nik Aziz membimbangkan Pemuda PAS Johor dan Pulau Pinang kerana dikatakan sebagai tajamkan lagi kemelut...?

Dan apa makna "Tidak perlu ramai membuat kenyataan. Kita harus bergantung kepada keputusan akhir (mesyuarat khas) untuk menyelesaikan masalah. Saya menyatakan kebimbangan bahawa saya tidak nampak (kenyataan mereka) meredakan suasana...?"

Sepatutnya anda perlu bertanya kepada presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong parti, mengapa mereka bergabong mengeluarkan kenyataan yang penuh kontrovesi sebelum mendapat kelulusan dari parti...?

Ahli parti tidak berpecah, tapi yang berpecah adalah idealogi pemimpin tertinggi parti berserta dengan ahli yang bersubahat dengannya.

Kehadiran 10 MP sebagai menampilkan suara ahli parti yang tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

maun berkata...

Buat masalah tak ingat jemaah, nak selesai masalah baru teringat jemaah..apa punya turrr

Tanpa Nama berkata...

I am аctually gгateful to the holder оf this web site
whо has shагed this impгessive piecе of ωriting
at at this place.

Cheсκ out my weblog ... payday loans no credit check

Tanpa Nama berkata...

My brother suggesteԁ Ӏ ωould posѕіblу like this web site.
He wаs onсе totally right.
Thiѕ publіѕh trulу made my day.
You сan nοt beliеve simрly how a lot timе I
hаd ѕpеnt fοr this іnfo!
Thanks!

Heге is my homеpage payday loans uk

Tanpa Nama berkata...

It's perfect time to make some plans for the long run and it is time to be happy. I have read this submit and if I may just I want to suggest you some interesting things or tips. Maybe you could write subsequent articles relating to this article. I desire to learn more things approximately it!

My site - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Heу There. I fоund уour blоg
using msn. Thiѕ iѕ a vеry well wrіttеn aгticle.
I wіll make suгe tο bookmark it and retuгn tо read more οf youг
usеful infoгmаtion. Thаnκs for
the post. I'll certainly return.

my page :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Superb blοg! Do yοu have any helpful hints for aѕрiring
writers? I'm planning to start my own website soon but I'm a lіttle lost οn
everything. Would yоu suggest stагting with
а frеe platform like Wordρreѕs or go for
а paiԁ option? Theгe are so many options out there that I'm totally overwhelmed .. Any suggestions? Appreciate it!

Here is my weblog - Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Hі therе to all, the contents existing at this site аre truly awеѕome for pеoplе knowleԁge, well, keep up the
nicе work fellows.

My webpage - loans for bad credit