KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 04, 2009

Perwakilan Muslimat persoal ada calon berkempen, Dr Mariah muncul pertahankan!

SHAH ALAM: Isu kempen dalam muktamar PAS kali ini membuatkan sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS "panas" apabila seorang perwakilan menunjukkan satu kertas kempen yang menerang profil seorang calon.

"Ini satu budaya yang tidak baik dan saya minta Jawatankuasa Pemilihan mengambil perhatian," kata Noraini Husin perwakilan dari Selangor.

Ketua Tempat Mengundi untuk muktamar Dewan Muslimat, Mohamad Diah Baharun bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan dengan kenyataan itu kerana beliau tidak mempunyai mandat untuk berbuat demikian.

Ekoran itu, AJK Dewan Muslimat, Dr Mariah Mahmud bangun dan memberikan penerangan bahawa beliau telah mendapat penerangan dari Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Datuk Mustafa Ali bahawa kempen tidak dihalang dalam PAS.

"Datuk Mustafa kata, hanya akhbar Harakah tidak dibenarkan berkempen, itupun akhbar Siasah berkempen dalam keluarannya yang lepas," kata Mariah yang menyebabkan suasana muktamar panas. Ekoran itu, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh meminta semua ahli muktamar bertenang dan meminta Pengerusi Tetap mengarahkan proses pengundian dimulakan.

242 perwakilan Dewan Muslimat PAS mula membuang undi masing-masing jam 2.50 petang. Mereka akan memilih ketua, timbalan ketua dan AJK yang baru. Naib Ketua Muslimat PAS telah dimenangi oleh Mumtaz Mat Nawi tanpa bertanding.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hmmm, dalam suatu program di Perak beberapa tahun yang lalu, ada peserta yang bertanya tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Sisters in Islam (SII)dan tindakan wajar yang perlu diambil oleh DMP untuk menangani kekeliruan yang mereka cetuskan. Ketika itu pun Dr Mariah seolah-olah 'membela' SII. Dia memang suka membela kut....