KLIK JOM FOLO DI SINI
Sabtu, Julai 31, 2010
Khamis, Julai 29, 2010
Subky Latif dakwa Mahathir lagi bebas dari Tun Razak beri ruang "kebebasan media"
Redhuan Onn (kanan) antara yang hadir memberikan pandangan dalam Diskusi KAMI kali ke-3 baru-baru ini dan beliau banyak menekankan soal media baru dimanfaatkan semaksima mungkin.
Hari ini (28 Julai 2010) saya mengunjungi Pejabat Harakah kerana menerima jemputan untuk menyertai NGO bernama KAMI yang mendesak kerajaan memansuhkan Akta Mesin Cetak 1984. Cukup untung bersua kembali Haji Subky Latif dan Ahmad Lutfi (Ketua Pengarang Harakah) selepas 15 tahun sejak saya meninggalkan PAS pada tahun 1995.
Juga turut hadhir bersama ialah Ibnu Hashim dan Tarmizi Md Jam. Semua (bekas) sahabat lama ini kelihatan seolah tidak banyak berubah dari segi raut wajah melainkan Tarmizi itu lebih berisi berbanding masa saya mengenalinya era tahun 90-an. Turut hadhir Penasihat Undang-undang Harakah, Hanipa Maidin dan pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari.
Haji Subky mengolah tentang sejarah kebebasan akhbar dalam negara dimana zaman PM kedua dan ketiga, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn merupakan zaman yang cukup kurang memberi kebebasan akhbar terutamanya dengan kawalan saham oleh individu Umno ke atas Utusan Melayu masa itu.
Haji Subky membawa analisisnya dimana zaman Dr. Mahathir merupakan detik permulaan era kebebasan akhbar secara beransur-ansur. Subky berharap supaya PM sekarang, Dato Najib tidak pula kembali kepada zaman ayah dan zaman bapa saudaranya itu.
Hj. Subky diberi masa lama untuk berseloroh dan bercerita tentang sejarah penubuhan Utusan Melayu sehingga dipimpin oleh Yusuf Ishak (selepas itu menjadi Presiden Singapura). Saya dapat mengenali beberapa fakta penting yang cukup berharga dalam majlis hari ini. Hj Subky tetap saya sanjungi sebagai salah seorang mentor semasa zaman saya dulu dalam PAS yang cukup berisi fakta tajam setiap kali beliau berceramah.
Pada tahun 1990, beliau pernah bertanya kepada saya untuk cuba teka sepatutnya bilakah Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia. Saya menjawab, 'tahun 2000 agaknya'. Subky mengejutkan saya dengan jawapan '1986'. Saya terpingga-pingga sehinggalah Subky menjelaskan bahawa peluang Anwar dan pembangkang masa itu lebih cerah sekiranya Anwar tidak masuk Umno tetapi kekal sebagai ketua barisan pembangkang. Ah!.. memang cukup tajam pemikiran Haji Subky Latif!
Diskusi KAMI Kali Ke-3 berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh massa bagi membincangkan isu-isu sekitar Akta Mesin Cetak & Penerbitan. Mereka yang hadir pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; penulis prolifik yang juga pengasas Harakah, Hj Subky Latiff; Peguam PAS, Hanipa Maidin; Editor Malaysia Insider, Dr. G Manimaran; Exco Paksi, Razali Endun; adik allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy, Drs Norbit Mohd Noor; blogger Dr. Mohd Hashim; Naib Dewan Perhimpunan Bukan Islam PAS Pusat, Vincent Lee; Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman; Setiausaha PAS Kawasan Batu, Hj Ismail Yahya; beberapa wartawan Harakah, dan Harakahdaily.
Diskusi KAMI selama tiga jam itu diselenggarakan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku setiausaha badan yang kini sudah berusia 10 tahun. Beberapa rumusan hasil diskusi ini akan perincikan bagi tindakan lanjut. - Catatan Redhuan Onn Abdullah.
Diskusi Kali Ke-3: KAMI timbang untuk tubuhkan Majlis Media Alternatif bagi pantau media Pakatan Rakyat
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), pertubuhan bukan kerajaan yang dibentuk untuk memperjuangkan usaha mendesak dimansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, bercadang untuk membentuk Majlis Media Alternatif bagi menggalakkan mekanisme kawal selia kendiri.
Idea itu dilontarkan pada Diskusi KAMI Ketiga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang diadakan di sini hari ini.Pengerusi KAMI, Ahmad Lufti Othman berkata, usaha mengadakan majlis seumpama itu, yang diamalkan oleh beberapa negara maju bagi sektor media cetak dan elektronik, akan dibincangkan secara mendalam dalam waktu terdekat.
“Idea ini yang dibangkitkan pada majlis diskusi hari ini akan dibincangkan secara mendalam agar kita ada sebuah badan kawal selia media alternatif seperti laman web, akhbar mingguan (akhbar pembangkang), blog,” kata beliau pada sidang media di akhir diskusi peringkat ketiga di pejabat Harakah di sini hari ini.
KAMI yang dibentuk secara tidak formal satu dekad yang lalu sebagai salah satu usaha mengecam penggunaan akta tersebut untuk mengekang kebebasan media cetak di negara ini.
Lufti yang juga Ketua Pengarang Harakah berkata, pembentukan majlis media sedemikian akan bertindak sebagai satu badan kawal selia kendiri dalam jangka panjang, menggantikan penggunaan undang-undang sedemikian.
“Kita perlu mengekalkan mutu kewartawanan yang baik, dan KAMI akan menghalusi perkara ini,” katanya.
Sebelum ini pernah ada idea dan kajian membentuk Majlis Media Malaysia (MMC), tetapi dibantah wartawan khususnya Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ). NUJ mahu ia beroperasi dengan bebas, dikawal sendiri oleh pengamal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media.
Idea penubuhan telah dibincangkan sejak 1960-an oleh sekumpulan editor bagi menjaga kepentingan pengamal media. Pada 2005, NUJ mendakwa bahawa ia tidak pernah dibawa berunding mengenai cadangan penubuhan MMC pada peringkat penggubalan.
Dalam pada itu, Setiausaha KAMI Tarmizi Mohd Jam pula memberitahu, idea pembentukan majlis sedemikian akan dibincangkan pada mesyuarat KAMI akan datang. Pada sidang media itu, beliau juga memberitahu KAMI akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengeluarkan semula permit kepada Suara Keadilan dan Rocket yang masing-masing diterbitkan oleh PKR dan DAP.
“KAMI juga akan menghantar memorandum mengenai penggunaan Akta Media Cetak dan Penerbitan oleh kementerian kepada Suhakam dan Majlis Hak Asasi Sedunia,” katanya.
Semalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kata beliau, tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri menahan daripada memperbaharui permit Suara Keadilan dan Rocket berhubung kait dengan kebimbangan kritikal Umno-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.
Tarmizi berkata jika Umno-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu “penggantungan” permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak diambil, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa. Sebelum tiga penerbitan menghadapi masalah yang hampir sama, bagaimanapun Harakah telah menerima permit semula dua minggu lalu.
Suara Keadilan kini diterbitkan di bawah status tidak berkala dengan tiga edisi setakat ini, di bawah nama Keadilan, Obor Keadilan dan Sinar Keadilan.
Diskusi KAMI Kali Ke-3 berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh massa bagi membincangkan isu-isu sekitar Akta Mesin Cetak & Penerbitan. Mereka yang hadir pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; penulis prolifik yang juga pengasas Harakah, Hj Subky Latiff; Peguam PAS, Hanipa Maidin; Editor Malaysia Insider, Dr. G Manimaran; Exco Paksi, Razali Endun; adik allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy, Drs Norbit Mohd Noor; blogger Dr. Mohd Hashim; Naib Dewan Perhimpunan Bukan Islam PAS Pusat, Vincent Lee; Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman; Setiausaha PAS Kawasan Batu, Hj Ismail Yahya; beberapa wartawan Harakah, dan Harakahdaily.
Diskusi KAMI selama tiga jam itu diselenggarakan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku setiausaha badan yang kini sudah berusia 10 tahun. Beberapa rumusan hasil diskusi ini akan perincikan bagi tindakan lanjut.
Diskusi KAMI selama tiga jam itu diselenggarakan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku setiausaha badan yang kini sudah berusia 10 tahun. Beberapa rumusan hasil diskusi ini akan perincikan bagi tindakan lanjut.
PAS gerakan Kempen Anti Saman Ekor (KASE): Selamatkan mangsa saman ekor - Salahuddin Ayub
PAS akan menggerakan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) ke seluruh negara untuk sama-sama mengajak rakyat menentang tindakan zalim kerajaan itu selain mendesak kerajaan menarik balik saman ekor yang dikuatkuasakan secara mandatori oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini kerana tindakan itu jelas menyusah dan membebankan rakyat malah, ia bercanggah dengan prinsip keadilan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, beliau akan memanjangkan perkara ini ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi mempastikan rakyat terbela dan tidak menjadi mangsa kerakusan kerajaan Umno-BN untuk 'memeras' wang mudah untuk kantung negara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga mengalu-ngalukan Pakatan Rakyat Perak untuk menyediakan khidmat peguam percuma kepada mana-mana rakyat negeri itu mahu mencabar kes saman ekor mereka ke mahkamah.
Katanya, konsep saman ekor yang dijalankan kerajaan Umno BN tidak menepati teras keadilan kerana JPJ mahupun PDRM tidak dapat membuktikan siapa yang bersalah secara rasmi di kalangan mangsa saman ekor berkenaan.
"Misalnya si A pinjam kereta si B, kemudian kena saman ekor maka si A yang menerima kesannya tidak dapat perbaharui cukai jalan, lesen dan insurans keretanya," katanya kepada Harakah.
Beliau mendakwa, sepatutnya tindakan kerajaan menguatkuasakan saman ekor memenuhi tujuan asal untuk memberi pendidikan kepada pemandu agar lebih bertanggungjawab tetapi malangnya keputusan kerajan hari ini, jelas bercanggah dengan slogan yang dibangga-banggakan kononnya "rakyat didahulukan".
Salahuddin berkata, sepanjang penjelajahan beliau ke merata Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, rakyat makin berang dengan langkah kerajaan itu. Ini kerana mereka dibebankan dengan sejumlah bayaran yang tinggi untuk menghidupkan cukai jalan, sedangkan sama ekor terlalu dicurigai ketepatannya dan pelakunya barangkali bukan pemilik kenderaan itu.
Tindakan kerajaan, menyenarai hitamkan kenderaan yang dikenakan saman ekor sehinggakan sukar untuk pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan adalah satu tindakan kejam, zalim yang menganiayakan rakyat.
Beliau yakin dan percaya, langkah terbaru kerajaan Umno-BN itu menguatkuasakan saman ekor sebagai strategi jangka pendek kerajaan untuk mengutip wang rakyat sebanyak-banyaknya bagi mengisi kantung ekonomi negara yang makin teruk hari ini.
Katanya, rakyat kini dibebankan dengan kenaikan harga gula, petrol, diesel dan gas LPG baru-baru ini, dan dicekik pula dengan bayaran wajib maksimum saman ekor. Dari segi perundangan, kerajaan pernah kalah dalam kes saman ekor apabila di bawa ke mahkamah namun, kerajaan masih berdegil untuk terus melaksanakan saman ini kerana tidak berjaya menggerakkan ekonomi negara.
"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya," ulas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS tegasnya, bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul dan kenapa mereka yang disaman, tidak dibawa ke muka pengadilan untuk dibicara.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan menyifatkan saman ekor sebagai ISA kedua kerana mereka dihukum tidak di bicarakan di mana-mana mahkamah terbuka, tetapi dianggap bersalah dan dipaksa membayar saman maksimum. Sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.
RM 2.7 billion atau RM 8 billion? Misteri lubang besar Felda patut dibongkar oleh rakyat - Husam Musa
PAS mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Ahmad Maslan di lobi Parlimen; "Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period. He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."
Menurut Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dato' Paduka Husam Musa, baki pada akhir 2009 sebanyak RM 1.35 billion dan baki pada akhir 2004 ialah sebanyak RM 4.08 billion. Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran?
"Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soal Husam dalam ulasannya pada blognya.
Kenyataan Ahmad Maslan di atas katanya, seakan-akan antara tahun 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi. "Ini mustahil," kata Husam.
Maklumat tepat beliau perolehi antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi dan penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut; 2005 (RM 682 juta); 2006 (RM 697 juta); 2007 (RM 1.270 billion); 2008 (RM 1.70 billion); dan 2009 (RM 830 juta).
Tegasnya, jumlahnya menghampiri RM 5.2 billion dan jumlah ini perlu dicampur dengan baki 2004 menjadikan jumlahnya ialah RM 9.28 billion. Baki 2004 (RM 4.08 billion); Masuk 2005 - 2009 (RM 5.2 billion) dan jumlahnya (RM 9.28 billion).
Jelas Husam lagi, baki sehingga 2009 seperti kenyataan Ahmad Maslan hanya RM 1.35 billion. Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9) menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM 8 billion!
Mengenai perbelanjaan pula, Husam meneliti semula kenyataan Ahmad Maslan dan senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut; "RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."
a. RM 2 billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda
"Pertama, Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.
"Kedua, RM 2 billion untuk Tanam Semula. Kenapa guna rezab tunai Felda? Bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM 4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda," dakwa beliau.
"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah? Kedua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah," ujarnya lagi.
Bermakna, kata Husam, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut. Jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.
Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?
"Bila Dato' Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?" soalnya.
Katanya, setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM 300 juta dan RM 500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan? Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar?
Dengan RM 300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, beliua bertanya, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?
"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" sindir beliau.
Tegasnya, tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai. Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!
"Apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak kita ketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan," katanya.
Satukan Umno-PAS: Mufti Perak Harussani Zakaria tidak layak jadi orang tengah - Ustaz Ahmad Awang
Mufti Perak yang kontroversi, Dato' Seri Harussani Zakaria tidak layak untuk menjadi orang tengah dalam isu menyatupadukan dua parti utama negara, PAS dan Umno seperti yang sedang rancak diperkatakan sekarang.
Menurut bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Harussani sejak 8 Mac 2008, tidak pernah berkecuali tetapi terus berada di pihak Umno dan mempertahankan parti itu dengan pelbagai cara bagi mempastikan ia berkuasa semula di Perak sehinggalah sekarang, BN berkuasa semula di negeri itu.
Tegasnya kepada Harakah dalam satu sesi wawancara eksklusif mendedahkan siapakah Mufti Perak itu yang dikenalinya sejak di Kolej Islam Malaya hingga kini, yang sering menimbulkan kontroversi dan mengganggu PAS dengan menggunakan kedudukannya sebagai seorang mufti. Wawancara dilanusngkan oleh Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah.
"Beliau (Harussani) tidak layak jadi orang tengah dalam hal ini sebab awal-awal lagi telah menunjukkan sifat berat sebelah dan menyokong Umno," katanya.
Ustaz Ahmad yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia membongkarkan beberapa kes yang melibatkan mufti itu yang sanggup mengeluarkan kenyataan bohong, kecaman terhadap PAS di masjid-masjid secara terbuka, malah sanggup mempertikaikan kesetiaan orang-orang Islam bukan Melayu di negara ini, jika sesuatu terjadi kepada bangsa mereka, mereka akan menyokong bangsa bukanya agama Islam.
Kenyataan itu diucapkan oleh Harussani dalam satu pertemuan tertutup dengan pelajar-pelajar Malaysia di Australia baru-baru sewaktu menggambarkan kepentingan PAS-Umno bersatu, walaupun dalam masa yang sama beliau terus memburuk-buruk dan menyalahkan PAS sehingga wujudnya perpecahan di negara ini.
"Saya lihat sekarang mufti (merujuk kepada kes Harussani) telah diperalatkan oleh Umno untuk kepentingan politik mereka sahaja," ujarnya, berikutan kegagalan Pegawai JASA, Lokman Noor Adam yang mencetuskan idea penyatuan Umno-PAS dalam satu wacana di Lundang, Kelantan baru-baru ini.
Setelah syor Lokman itu tidak mendapat respon meluas, maka Mufti Perak menyambung idea itu hingga tercetusnya kontroversi yang sarat dengan agenda 'nakal' Umno-BN di belakangnya.
Ustaz Ahmad mendakwa Harussani juga bertanggungjawab mengheret institusi kesultanan Perak terlibat dengan kemelut politik yang melanda Perak semasa Umno Perak berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari 2009 lalu.
"Tindakan Mufti Perak yang mengheret pihak Istana ke kancah politik ketika Umno hendak merampas kuasa di negeri Perak telah mencemarkan imej sultan dan mufti itu sendiri," katanya lagi.
Beliau juga mendedahkan terdapat banyak kes yang menunjukkan Umno-BN sebenarnya tidak berminat untuk melaksanakan Islam sebenar, tetapi hanya menjadikan Islam sebagai topeng untuk menghadapi PAS dalam kancah politik negara.
Katanya, ketika beliau berada dalam Majlis Keselamatan Negara mewakili Jabatan Perdana Menteri (Pusat Islam) Perdana Menteri waktu ti, Tun Husein Onn pernah mencadangkan agar diharamkan ABIM kerana terlalu lantang menentang kerajaan pada waktu itu.
Malah jelasnya, PAS mula dicurigai dalam BN, apabila terlalu banyak memperkatakan soal Islam termasuk menjayakan Bulan Islam, anjuran Pusat Islam dengan melibatkan semua pimpinan PAS (ketika PAS dalam BN) berceramah, tetapi setelah ulama Umno seperti Dato' Dasuki Ahmad, Dato; Hamid Othman, Yusuf Noor dan lain-lain enggan bersama.
"Perkara ini diketahui oleh Mufti Perak. Dia tahu Umno tak mahu Islam. Malah dia sendiri pernah tunjukkan surat larangan ceramah oleh kerajaan Umno-BN Selangor. Dia sendiri walaupun baik 'abang-adik' dengan Pak Lah (PM) waktu itu, ketika mencetuskan isu murtad, dia pun tak boleh pengaruhi PM untuk berbuat sesuatu," dakwa Ustaz Ahmad.
"Pengalaman panjang saya dengan Umno (sewaktu berada dalam kerajaan) membuktikan parti Melayu itu tidak mahukan Islam. Sekadar untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Dulu semasa saya jadi pengarah (Pusat Islam), mereka beri amaran kalau hendak berpolitik, masuk saja PAS kerana waktu itu banyak program Islam dibuat, hingga mencetuskan anggapan Pusat Islam sudah jadi markas PAS," dakwanya.
Tegas Ustaz Ahmad, beliau tidak percaya sama sekali kehendak penyatuan PAS-Umno itu datangnya dari Mufti Perak, tetapi Harussani telah dipergunakan untuk tujuan itu setelah Umno-BN lemas. Ini kerana apabila mereka kuat, PAS dipandang sebelah mata. Lihat setelah mereka menang besar pada PRU ke-11 pada 2004, ujarnya.
Ajak PAS berpadu: Umno kian nyawa-nyawa ikan, mahu PAS selamatkannya
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa percaya dari sudut politiknya Umno tidak berniat untuk bersatu dengan PAS atas alasan Melayu dan Islam, sebaliknya, Umno bersungguh-sungguh mahu bersatu dengan PAS disebab partinya semakin lemah. Malah katanya, Umno sedar PAS sudah mengambil alih sebahagian tugasnya dan tahu mereka tidak boleh kekal menguasai politik negara ini maka pimpinannya terpaksa bercakap mengenai perpaduan Melayu.
"Ini bukan perkara baru malah berulang-ulang kali, jadi apabila acap kali menyebut, maka itu adalah kepentingannya," katanya kepada Harakah.
Ketua Penerangan Umno Dato' Ahmad Maslan dipetik berkata, Umno akan berusaha keras untuk bersatu dengan PAS kerana ia bukan sahaja menguntungkan orang Melayu tetapi turut memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini.
"Semua rakyat akan mendapat keuntungan daripada perpaduan antara Umno dan PAS kerana kalau bangsa Melayu asyik berbalah ia tidak akan menguntungkan sesiapa malah ekonomi negara akan menjadi teruk serta mundur.
"Tetapi jika orang Melayu bersatu dan berhenti bergaduh sesama sendiri pastinya mereka boleh menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mampu menguntungkan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Bagan, 25 Julai lalu.
Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menyokong sepenuhnya pendirian PAS, sudah sampai masanya parti itu menggantikan tempat yang diduduki Umno selama ini. Tegasnya, tidak timbul diadakan dailog, perbincangan atau sebagainya dengan Umno.
"Isunya PAS mesti mengantikan Umno kerana berapa sebab. Antaranya Umno telah diberi ruang masa yang cukup luas, lebih 50 tahun tetapi mereka masih lagi tidak menunjukkan satu komitmen untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu.
"Kita tengok atas kepentingan politik mereka tergamak memainkan isu perkauman sehingga menyebabkan hubungan antara kaum yang dibina 50 tahun ini semakin hari semakin meruncing dan ia sengaja diwujudkan oleh Umno semata-mata untuk mengekalka kuasa mereka," katanya.
Mujahid teringat kata-kata arwah bapanya, bekas Presiden PAS, Ustaz Yusuf Rawa, 30 tahun lalu pernah menyebut, "hangpa (kamu semua) tengoklah satu hari nanti Umno akan merangkak dekati PAS". Katanya, arwah bapa menerangkan perkataan 'merangkak' itu bukan kerana mahu bersatu dengan PAS tetapi kerana parti tersebut sudah hlang kuasa.
Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia merudum: Kenapa dan mengapa? Najib patut jelaskan kepada rakyat! - Mahfuz Omar
Kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) dengan sendirinya menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Najib seharusnya berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan (gagasan) Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," katanya.
Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak sebanyak RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008.
Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.
Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Mahfuz berkata beliau tidak sangka laporan tersebut menggambarkan petunjuk Prestasi Utama (KPI) "begitu buruk sekali".
“Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO (ketua pegawai eksekutif). CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat,” katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Mahfuz berkata gambaran tersebut melihatkan Malaysia mengalami krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa, akibat daripada gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara.
“Di Malaysia, Umno mengamalkan konsep who you know (siapa anda kenal) bukan what you know (apa anda tahu),” katanya. Mahfuz berkata, ini dibuktikan melalui pelbagai "kepincangan pengurusan" dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberikan tanggapan bahawa tiada budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Ingin saya lontarkan soalan adakah Najib bersedia mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan? Tentu tidak. Najib akan kata 'business as usual' (bekerja seperti biasa). Inilah budaya 'tidak apa' (dalam) Umno yang merosakkan negara,” katanya lagi.
Puak-puak Umno ini sudah lupa, Umno Kedah telah lama rebah! Mampukah bangkit semula?
Membaca tulisan Sobri Sudin (bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain) dalam sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini bertajuk 'Formula menawan semula Kedah' menjentik fikiran untuk menambah sedikit pandangannya itu.
Penulis tersebut mengangkat kata-kata Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang sering diucapkan 'berubah sebelum rebah' sebagai pendorongnya melihat Umno Kedah masih mempunyai peluang jika mahu kembali berkuasa di negeri itu.
Persoalannya, 'berubah sebelum rebah' itu tidak sesuai untuk digunapakai di Kedah kerana Umno sudah rebah tetapi pemimpin dan ahlinya, masih tidak mahu berubah. Contoh terbaik, lihat sahaja apa yang berlaku di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani yang diketuai, Ali Yahya, bekas Setiausaha Politik kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid, ketika Mahdzir menjadi Menteri Besar Kedah, selepas Syed Razak.
Beranikah Umno memecat seorang perwakilan bernama Yusof Lazim yang dikatakan bangun menjerit bagi menghalang Ali daripada menyampaikan ucapan – sedangkan dalam mana-mana persidangan Umno, memang peraturan mesyuaratnya didahulukan dengan doa, nyayian lagu Umno dan kemudiannya ucapan alu-aluan ketua bahagian.
Jika Yusof Lazim menghalang Ali daripada berucap, bermakna Yusof sudah melanggar peraturan mesyuarat. Maka, tindakan perlu dikenakan kepadanya bersama-sama orang yang menyokong keceluparannya itu, seorang yang berjawatan tinggi dalam Umno peringkat Pusat.
Pastinya, Umno Pusat tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana Umno kini sedang sakit, mengurus dan mengecil walaupun ada beberapa orang gemuk masih berkuasa di sana – sekadar untuk memperlihatkan Umno itu segar dan bugar termasuk yang obesiti.
Umno Kedah sudah rebah. Ini hakikatnya dan kepada sesiapa yang masih mengatakan Umno Kedah belum rebah, ia sesuatu yang lucu. Lelucon ini memang sering berligar-ligar dalam politik Kedah kerana kebanyakkan orang Umno Kedah, mereka tidak suka bekerja tetapi banyak bersembang.
Kalau mahu mengkritik sesiapa, carilah pengkritik dari Kedah. Kalau mahu bekerja, jangan kerana mereka tidak pandai bekerja. Mereka tidak pandai belajar dari sejarah walaupun Kedah pernah melahirkan dua Presiden Umno dan dua Perdana Menteri.
Hari ini, Kedah yang melahirkan kepada Malaysia seorang Bapa Kemerdekaan dan seorang lagi Perdana Menteri paling lama berkuasa – sudah kehilangan kuasa. Ketika mereka kehilangan kuasa, mereka bergaduh sama-sama sendiri, hingga menyebabkan Presiden Umno terpaksa melantik seorang anak Sabah, yang bernikah di Kedah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Ketika Umno Kedah bangga kerana Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dilahirkan sebagai seorang Perdana Menteri yang pertama, orang Islam di Kedah pula tidak mungkin dapat melupakan kelahiran Allahyarham Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden PAS yang cukup mashur yang juga datang dari Kedah.
Orang Umno Kedah tentunya berbangga kerana mereka dapat menafikan hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat menjadi salah seorang perwakilan tujuh (G7) ke Perhimpunan Agung Umno mewakili Bahagian Kubang Pasu, selepas 20 tahun memimpin Umno bahagian itu.
Hari ini, Dr. Mahathir tentunya melihat betapa beliau sendiri gagal memenangkan calon BN bagi kawasan Parlimen Pokok Sena di mana beliau sendiri adalah pengundi di kawasan tersebut kerana pengaruh PAS yang cukup tinggi.
Maknanya, Umno Kedah sudah rebah. Kena ulang-ulangi kata-kata ini buat kesekian kalinya. Jika tidak, akan ada nada penulis seperti Sobri Sudin tampil menulis dengan kata-kata 'berubah sebelum rebah' yang kononnya ditujukan kepada Umno Kedah.
Bukan, kata-kata 'berubah sebelum rebah' itu ditujukan kepada negeri-negeri lain, yang belum rebah kerana saat untuk rebah sudah semakin hampir. Di Selangor, negeri di mana Umnonya sudah rebah, ada bahagian-bahagian yang bercelaru seperti apa yang berlaku di Sungai Petani.
Di bahagian-bahagian lain juga begitu tetapi ia tidak dihebahkan kerana Umno cukup pandai 'berdendam'. Mereka merajuk cara pemimpin Umno merajuk. Diam-diam mereka akan mengundi pembangkang dan mustahil dengan jumlah keahlian 3 juta, Umno tiba-tiba kecundang. Rebah! Dalam PRU 12 yang lalu.
Di Kelantan, negeri di mana Umno sudah kehilangan kuasa sejak 20 tahun lalu, pergaduhan dalam Umno bahagian berterusan. Bahagian Rantau Panjang terpaksa mengadakan 'persidangan' dua tempat berasingan dan kedua-duanya dihadiri Naib Presiden Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Najib ke Kuala Kedah sebenarnya bukan untuk 'menyuntik' semangat kepada ahli Umno Kedah tetapi memenuhi undangan ketua bahagian itu yang kebetulan merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri.
Begitu juga Najib ke Kota Bharu merasmikan Umno bahagian itu bukan kerana Najib mahu membakar semangat ahli Umno di Kelantan kecuali memenuhi jemputan ketua bahagian itu yang merupakan Setiausaha Politiknya.
Hari ini, ahli Umno di Kedah buat apa? Mereka buruk-memburukkan antara satu sama lain. Jika kita bertanya dengan mereka, rata-rata mengakui bahawa kepimpinan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak sekarang ini cukup baik dan berkesan.
Ketika Najib mengarahkan semua peringkat kepimpinan Umno menyerang pembangkang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah cuba-cuba menyerang, tetapi serangannya hanya dengan bom asap, tidak meninggalkan apa-apa kesan.
Umno Kedah berpuak-puak. Umno Kedah kaki sembang. Umno Kedah tidak buat apa-apa kerja sebaliknya masing-masing hanya mahu 'mengerjakan' musuh politik masing-masing.
Masih ingat dengan nama Ustaz Fadzil Hanafi? Kononnya dia dibawa bertanding ke Kedah kerana mahu memberi nafas baru kepada Umno Kedah yang dilihat tidak mesra ulama. Malangnya, Ustaz Fadzil Hanafi hanyut dek permainan politik Umno bahagian.
Masih ingat dengan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman? Di mana beliau sekarang? Adakah orang-orang Umno masih mengundangnya memberi ceramah di Kedah? Apakah orang Umno Kedah masih sudi mengundang bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang dikira cukup berilmu untuk menyampaikan ucapan atau ceramah motivasi?
Umno Kedah sudah rebah. Ulang kembali. Umno Kedah sudah rebah. Mereka yang memegang jawatan ketua bahagian sebenarnya sedang menjadikan jawatan yang mereka sandang itu sebagai wahana memperkayakan diri dan keluarga sendiri.
Perangai inilah yang menyebabkan Sobri Sudin perlu tahu bahawa mereka ini bukan 'sokong kawan, makan lawan' tetapi mereka tidak suka 'makan berkawan sebaliknya mereka makan kawan-kawan'.
Ketika Umno Kedah merasakan mereka belum rebah, tanpa mereka sedari bahawa mereka sekarang ini sudah menjadi bahan sejarah kerana tidak pernah mahu mengakui hakikat bahawa mereka tidak lagi memerintah negeri Kedah, Jelapang Padi yang mereka gambarkan 'Kedah Menang, Kita Senang'. - Safar Jumaat
Propaganda media huru-harakan isu pasir - Exco Kerajaan Selangor Yaakob Sapari
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa melakukan penyelewengan hasil perlombongan pasir. Sedangkan masalah kecurian pasir itu telah lama wujud sejak era pentadbiran Umno-BN. Sejauh manakah kebenarannya. Ikuti wawancara Wartawan, SAIDAH HAIRAN dan MUHAMAD ARIF ISMAIL bersama Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YAAKOB SAPARI di pejabatnya, tingkat 12, Shah Alam.
Kerajaan Pakatan Rakyat diserang lagi dengan isu penyelewengan dan kecurian pasir. Boleh jelaskan supaya rakyat tahu perkara sebenar?
YAAKOB SAPARI: Kita dapati isu kecurian dan pelombongan pasir secara haram telah pun berlaku secara berleluasa sebelum pakatan rakyat memerintah Selangor. Bahkan banyak media lalu mendedahkan isu mengenai penahanan jentera berat kerana melakukan aktiviti mencuri pasir. Selepas kita mengambil alih, kita selesaikan dengan cara lain. Kita tidak mahu guna cara dahulu (Umno perintah) sebab cara dahulu lebih mahal. Umpamanya kelemahan ketara yang kita dapati ialah penipuan docket oleh pengeluaran pasir yang tidak diluluskan. Juga berlaku kebocoran maklumat mengenai operasi yang bakal dijalankan, tidak ada penilaian kesan akan sekitar (EIA). Kemudian untuk pasir sungai, hanya sebuah syarikat yang dapat melalui mesyuarat exco.
Bagaimana hasil pasir di bawah pentadbiran Umno-BN?
Hasil rendah. Apabila pemerintahan negeri bertukar kita tubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk membuat kawalan. Kita tahu sistem pengurusan dalam hal ini sangat lemah. Jika kita membuat perkara yang sama, kita hanya melakukan perkara yang sama. Masalah yang sama akan berulang. Sebab itu kita ubah dengan menubuhkan KSSB. Perlu ada syarikat KSSB. Sebab saya semak dulu hanya ada jabatan teknikal untuk melancarkan perjalanan jabatan daerah dan PTG. Jadi kita kena betulkan. Di KSSB ini kita ada jurutera khas yang buat kerja supaya semua peraturan perlombongan yang ada perlu diikut dan kita boleh mengawal.
Di mana kes-kes kecurian ini berlaku?
Kecurian pasir berlaku di tiga tempat iaitu tanah yang dimiliki oleh kerajaan atau milik anak syarikat kerajaan seperti PKPS, KDEB. Kecurian juga berlaku di sungai di tanah-tanah persendirian yang tidak mahu mohon permit. Apa yang kita lakukan pada pusingan pertama, semua tanah-tanah kerajaan diambilalih oleh KKSB. Tempat yang kita ambil alih ialah tempat-tempat yang dahulunya telah dicuri oleh pencuri-pencuri pasir. Pertama, ia bukan kawasan baru tetapi kawasan kecurian kecurian pasir yang tidak terkawal. Jadi KSSB ambil alih tanah tersebut untuk diuruskan. Semua tapak tanah kerajaan telah dikawal oleh KSSB. Kedua, dahulu satu Selangor, satu syarikat sahaja yang dimiliki oleh kroni Umno dan memperolehi kelulusan ini bukan melalui JPS, tender dan sebagainya. Kelulusan diperolehi kerana mereka rapat dengan Menteri Besar lalu melalui mesyuarat kerajaan negeri.
Peranan JPS dan pihak berkuasa tempatan masa itu macam mana?
JPS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kawalan dengan mengenakan tindakan kepada syarikat yang terbabit. Keluasan kawasan juga pihak berkuasa tidak boleh mengawal kerana tidak ada dokumen dan perjanjian langsung pada ketika pemerintahan Umno-BN. Apabila kita mengambilalih, kita batalkan perjanjian itu yang diputuskan dalam mesyuarat exco. Kita kenalpasti sungai-sungai di seluruh selangor. Kita tenderkan maknanya permohonan terbuka kepada semua orang. Zaman Umno-BN hanya ada satu syarikat, zaman kerajaan Pakatan Rakyat 28 buah syarikat. Bagi tanah-tanah persendirian yang mempunyai keluasan 20 ekar ke atas boleh membuat permohonan melalui KSSB. KSSB ada jurutera, teknikal dan sebagainya. Pengurusan ini berlaku dengan teratur. Buktinya, kecurian di tanah persendirian dan kerajaan tidak berlaku, sungai kita terkawal. Bagaimanapun, kita tidak nafikan masih berlaku sedikit kecurian di tanah-tanah persendirian.
Masalahannya sekarang, ini isu kecurian pasir meletup...
Saya melihat kerana Umno sudah tidak ada isu lain di Selangor ini. Hendak kata dalam soal ketelusan, dia tidak dapat buktikan kerana kita mengamalkan ketelusan. Hari ini media menyatakan Dato' Menteri Besar Selangor tiada kes dalam SPRM. Jadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Khir Toyo hendak mencari populariti telah menyerang pihak kerajaan dalan sidang dewan baru-baru ini.
Apa yang Khir sedang lakukan sebenarnya?
Nampak Khir keluar media pada hari Ahad hari Isnin lalu. Masuk media serentak di Parlimen. Sepanjang sesi sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) isu-isu lain Khir tidak boleh bawa. Khir menyerang Pakatan Rakyat dalam isu pasir. Khir sengaja besarkan isu pasir tetapi dia silap. Ini kerana kawasan yang dilawati Khir merupakan kawasan yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab itu saya cabar Khir dalam sidang Dun. Jika Khir kata berlubang-lubang, gambar ini menunjukkan penuh lubang. Jadi Khir
tidak ada isu lain dan dia sudah tidak besarkan isu pasir lagi.
Mengapa pula Khir kaitkan KSSB dengan rasuah?
Ya, Khir cuba kaitkan dengan rasuah dalam pengurusan KSSB. KSSB sudah diserbu oleh SPRM 10 kali. Hingga sekarang tiada bukti berlaku rasuah dalam KSSB. Begitu juga dengan pegawai saya, Hussein telah dibawa ke pejabat SPRM selama lima hari tetapi tiada kes. Pengurus KSSb juga dibebaskan kerana tiada bukti. Saya yakin ketelusan berlaku disitu. Satu lagi saya fikir mungkin ramai yang berminat hendak niaga pasir, jadi mereka rasa seperti di zaman Umno-BN perintah Selangor. Zaman Umno-BN perintah memang mudah hendak berniaga pasir sama ada secara halal atau haram. Hari ini kita ketatkan, yang tidap dapat tender itu yang buat kacau. Ada yang tidak dapat tender atau yang biasa mencuri. Orang seperti ini yang tidak dapat dan mereka berjumpa dengan Khir Toyo untuk dibesarkan isu ini.
Persoalannya, setelah kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir kenapa masih berlaku kecurian lagi?
Kecurian pasir sama seperti jenayah. Kita sudah mengawal kegiatan mencuri pasir sebanyak 80 peratus. Pertama tanah kerajaan kita kawal, KKSB mengambil alih tanah tersebut. Sungai telah kita kawal tetapi sungai di Selangor panjang. Ada berlaku kecurian di sana sini dan dilakukan secara kecil-kecilan tetapi yang besar-besar semua kita dapat kawal. Tanah-tanah persendirian dilakukan waktu malam dan secara kecil-kecilan. Semua kecurian ini tidak dapat dielakkan. Macam jenayah, ditambah polis sebanyak mana pun, membesarkan mahkamah syariah, kes perceraian makin ramai. Begitu juga dengan mencuri pasir tetapi kali ini kita kenakan tindakan tegas.
Ia berjaya dikawal...
Tanah kerajaan telah dapat dikawal, sungai telah kita kawal dan tanah persendirian kita lesenkan. Jika mencuri kita akan tahan jengkaut mereka. Kerajana negeri memberi ganjaran kepada sesiapa yang boleh menahan pencuri-pencuri tersebut. Sekarang berebut-rebut menahan lori yang mengangkut pasir. Dahulu perbuatan ini dilakukan sorok-sorok. Apabila kita dedahkan ada tentang ganjaran ramai yang berminat. Kerja pasir paling senang, pasaran tinggi. Contoh, di Hulu Langat, untuk sebanyak RM500 keluar jam 4.30 pagi balik 5.30 pagi, habis.
YB, sudah tentu kecurian pasir itu ada dalang. Pencuri pasir ini memang sudah pakar dia mencuri daripada zaman Umno-BN. Cuma dulu tidak ada tindakan dikenakan. Bagaimana mereka boleh lepas mencuri sedangkan ada pemantauan dan penguatkuasaan?
Kegiatan kecurian berlaku di belakang dan pihak pemantauan tidak nampak. Saya tidak nafikan perkara ini, saya tahu nama-nama pencuri itu tetapi oleh kerana kecil-kecilan ini dia pandai, jadi kata saya 80 peratus dalam kawalan kerajaan negeri dan 20 peratus lagi dijadikan habuan kepada kejayaan penangkapan pencuri pasir dan sekarang orang berlumba-lumba untuk menahan lori mengangkut pasir. Mungkin dahulu, dia mudah untuk melakukan rasuah pimpinan negeri tetapi sekarang ketat. Jika dulu mereka boleh bayar ketua kampung, pengerusi JKKK dan pimpinan Umno. Saya tidak nafikan dahulu pimpinan Umno juga terlibat dalam kegiatan ini. Isu ini tidak sebesar seperti yang digambarkan oleh pihak media. Ia hanya mainan politik untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor.
Rakyat sekarang terpedaya, jika kita lihat media sering siarkan gambar yang sama, masalahnya rakyat tidak tahu perkara sebenar.
Saya akan buat pamplet dan saya akan keluarkan gambar-gambar tersebut. Gambar ini bukan perkara baru. Jika kita kata berlubang, ini tidak berlubang. Pimpinan Umno sudah kenyang dengan hasil pasir dulu.
Bagaimana keuntungan pasir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?
Ada peningkatan yang ketara. Hasil pasir jauh lebih tinggi daripada pendapatan di zaman Umno-BN perintah. Saya yakin pendapatan pasir ini akan meningkat. Apa yang penting program pemulihan itu dibuat, zaman Umno-BN tidak ada program pemulihan dan pemuliharaan selepas pelombongan. Kita akan buat dan kemudian kawasan yang berlubang ini kita akan jadikan kawasan simpanan air untuk musim kemarau. Ada sebahagian kecil kawasan, kita akan jadi kawasan untuk dijadikan tempat untuk ternak air yang sesuai. Kita mentadbir dengan penuh amanah dan telus, itu kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat.
Betulkah pencuri-pencuri pasir dulu biasa merasuah orang?
Mereka ada menghantar wakil untuk merasuah saya, tetapi saya kata tidak boleh. Kekuatan kita adalah kerana kita telus, amanah dan tidak rasuah. Saya yakin dalam kisah syaitan jumpa dengan nabi, bila nabi tanya manusia mana yang kau tidak boleh goda? Syaitan kata manusia yang ikhlas. Jika kita ikhlas, insyAllah dan tidak ada kepentingan kita boleh buat, InsyAllah kita akan buktikan. Umno tidak boleh buat perkara ini sebab pimpinan mereka penuh dengan rasuah. Di bawah pentadbirannya, hasil pasir tidak ada. Kita akan buktikan dalam tempoh dua tahun kita telah berjaya menguruskan pasir.
Anggap BN melampau: Rakyat teraniaya dengan kenaikan harga barang!
KOTA BHARU: Kenaikan harga barang keperluan utama rakyat baru-baru ini sudah pasti membebankan rakyat pelbagai peringkat khususnya yang berpendapatan rendah. Akibat harga gas dan petrol meningkat disamping harga gula yang pada asalnya RM1.65 kepada RM1.85, ianya telah menjadi satu bebanan buat mereka.
Seorang pemandu teksi, Mamat Dollah, 55, ketika ditemui memberitahu dakwaan kerajaan berhubung kenaikan harga barangan keperluan terbabit hanya untuk penyelarasan harga merupakan sesuatu yang melucukan.
Beliau juga turut mendakwa Perdana Menteri, bukan sahaja menipu rakyat dengan kenyataan tersebut, sebaliknya melindungi kegagalannya sebagai pentadbir negara.
"Pemimpin negara sekarang semakin teruk, tidak pandai mengurus ekonomi negara hingga barang keperluan semakin naik. Penyelarasan harga hanya helah kerajaan untuk menutupi kelemahannya yang gagal mentadbir ekonomi negara," ujarnya.
Samsiah Taharin, 49, berkata kerajaan tidak seharusnya menghalang peniaga kedai minuman menaikkan harga jualan mereka. Katanya, kos yang bertambah akibat kenaikan harga barang terpaksa ditanggung sendiri oleh peniaga dan bukannya kerajaan.
"Jika sebelum ini harga susu manis sekotak berharga RM100, kini meningkat kepada RM120, jadi yang lebih RM20 tu kerajaan nak tambah ke?," soalnya.
Beliau yang menjual minuman di kedai Berek 12, dekat sini memberitahu, mahu atau tidak harga air terpaksa dinaikkan. Tambahnya, apa lagi gula yang dibeli bukan berharga RM1.85 sekilogram, sebaliknya RM2.00, malah ada sampai RM2.10 sekilogram.
Katanya lagi, walaupun hanya harga gula, gas dan minyak diumumkan kerajaan, namun harga minuman lain seperti nescafe, milo dan sebagainya turut meningkat berbanding biasa. Samsiah yang tinggal di Kampung Khatib Ali, di sini bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana pelanggannya memahami kenapa harga air meningkat berbanding biasa.
Ramlah Sulaiman, 43, turut mendakwa kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini amat membebankan beliau serta masyarakat kampung.
Katanya, beliau semakin tertekan kini apa lagi sumber kewangan untuk keluarga terpaksa dicarinya seorang diri bagi menyara keluarga, memandangkan suaminya perlu berehat kerana baru menjalani pembedahan mata.
"Kenaikan harga barang kali ini begitu teruk sekali sehinggakan ada suri rumah dekat rumah saya terpaksa bekerja semula untuk menambah rezeki. Jika tidak sumber kewangan yang diperolehi tidak mampu menampung keperluan keluarga dengan harga yang semakin meningkat ini," ujarnya lagi.
Setiausaha Yayasan Amal Kelantan, Abdul Hamid Seman, ketika ditemui memberitahu kerajaan kurang cermat dalam menangani isu harga barangan sehingga mengambil keputusan menaikkan harganya.
Sambungnya, bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, kerajaan seharusnya lebih mengutamakan rakyat berbanding desakan pihak tertentu berhubung isu terbabit.
Jelasnya, mungkin kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen begitu kecil bagi kerajaan, namun pada rakyat ianya sudah membebankan kerana semua barangan keperluan harian turut meningkat.
"Tidak keterlaluan saya katakan mungkin kerajaan menaikkan harga barang sekarang sebagai taktik terbaru. Bila nak dekat pilihan raya nanti, dia akan turunkan mana-mana harga yang dikira boleh mencairkan hati rakyat, siapa tahu?" ujarnya.
Siti Mastura Mohd Latif, 22, memberitahu harga keperluan harian naik dua hingga tiga kali setahun, sedangkan gaji bulanan belum tentu naik dalam tempoh setahun. Beliau yang bekerja disebuah syarikat swasta di Kota Bharu berkata, bagi golongan remaja serta tinggal bersama keluarga, ianya tidak menjadi masaalah.
"Bagaimana pula pasangan yang baru berumah tangga, tinggal pula di rumah sewa, apa lagi dengan pendapatan yang kecil?" soalnya. Jelasnya, golongan berpendapatan rendah perlu diutamakan kerana mereka tidak mendapat kenaikan gaji setiap tahun, hanya berdasarkan hasil yang dikeluarkan semata-mata.
Harga barang naik: Jangan marah rakyat, kalau mereka pilih parti lain? - Dato' Prof Dr Hamdan Adenan
Bermula 16 Julai lalu harga petrol RON95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Ini merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Namun disebalik itu, kerajaan juga mengarahkan editor media utama, agar tidak menggunakan istilah 'harga barang naik' tetapi menguar-uarkan pelarasan subsidi. Apa kata Dato' Prof Dr Hamdan Adenan dalam isu ini? Ikuti wawancara wartawan, INTAN ABDULLAH bersama Penasihat Fomca, yang diadakan baru-baru ini.
Mengenai pelarasan subsidi, penggunaan terma itu ada motif. Mengelirukan rakyat. Apa komen Prof?
DATO' PROF DR HAMDAN ADENAN: Ya, banyak yang tidak difahami oleh rakyat. Maka perlu diperjelaskan. Pertamanya mengenai subsidi. Walaupun naik lima sen atau 10 sen tetapi kalau benda ini banyak bagi golongan yang berpendapatan rendah sudah tentulah ianya membebankan. Oleh itu, untuk benda-benda yang dikatakan tidak membebankan, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah, maka penggunaan terma ini mengelirukan. Ini kerana bagi yang berpendapatan RM500 atau RM600 sebulan ia (kenaikan harga) adalah sesuatu yang membebankan. Oleh itu, kerajaan perlu jujur menyatakan ini adalah kesan tetapi mungkin kalau mahu menunjukkan berhemah dan kalau betul mengambil berat tentang pengguna (katakanlah) dia tidaklah sangat membebankan. Tapi jika menyatakan ianya langsung tidak membebankan pengguna, orang akan anggap ianya satu penipuan.
Ada persatuan peniaga dan pekhidmatan pengangkutan yang berjanji untuk tidak menaikkan harga makanan, tambang atau perkhidmatan selepas dimaklumkan mengenai kenaikan harga barangan ini. Apa jaminannya?
Saya tidak percayalah. Ini kerana mereka ini banyak janji politik sahaja. Apabila ada dua atau tiga perkara yang melibatkan kenaikan harga, pasti mereka akan naikkan juga (nanti). Ini terbukti setiap kali berlaku insiden seperti ini. Sekarang dia cakap mudah, kerana dia pun akan menanggung kos yang tinggi dan mempunyai pekerja yang meminta gaji yang lebih, yang perlu kenaikan sara hidup. Maka, ia akan terdorong juga (akhirnya) untuk menaikkan harga. Kalau kerajaan ada strategi, kenapa peniaga pulak yang dikatakan meminta subsidi? Kerajaan tidak sanggup berikan subsidi. Peniaga pulak yang hendak dikatakan sanggup subsidi. Masuk akal ke tu?
Ada cadangan agar dibuat penjimatan dengan membuat pembahagian subsidi kepada beberapa sektor tertentu. Apa reaksi Prof?
Kita pun tidak minta yang bukan-bukan. Melainkan hanya yang bersifat asas sahaja. Ekoran daripada tindakan Kerajaan selangor (bukan saya hendak puji) memberikan pengecualian pembayaran kepada pengguna yang menggunakan air dalam jumlah yang rendah. Maksudnya tidak perlu bayar. Itulah antara perkara yang kerajaan boleh buat. Kalau kerajaan negeri boleh buat, yang tiada duit sebanyak Kerajaan Persekutuan - saya rasa pelik juga.
Adakah dengan pelarasan subsidi ini selari seiring dengan tahap gaji pekerja di negara ini?
Kita (negara) belum ada gaji minimum. Apabila kita tiada gaji minimum, bagaimana kita hendak buat perkiraan. Bebannya kepada rakyat berpendapatan rendah dan kalau kita di sektor swasta tentu kerajaan tidak boleh paksa kerana tiada gaji minima. Bagi pihak kerajaan pula mungkin bolehlah kerana subsidi dan sebagainya telah ditolak.
Ada rungutan mengenai kenaikan harga ini kerana tidak dibawa terlebih dahulu untuk dibincangkan di dewan rakyat baru-baru ini.
Perkara ini ramai yang tanya saya, tetapi saya tidak dapat jawab. Kena tanya sendiri kepada Perdana Menteri lah dan tanyalah penasihat-penasihatnya. Tetapi fikirkanlah kerana ramai yang marah. Jangan marahlah kalau orang pilih parti lain.
Bagaimana dengan tuntutan yang disuarakan Dato Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri sepatutnya mengumumkan cara penjimatan bernilai RM750 juta?
Saya rasa itu satu permintaan yang sangat wajar. Dia (Perdana Menteri) mengaku dia telus tapi perlulah telus dan jelaskan. Katakan jimat untuk pergi shopping ke atau hendak bagi pada rakyat untuk keselesaan hidup terutamanya rakyat berpendapatan rendah. Kalau untuk beri makan dan benda-benda yang khusus yang dapat dibantu (kerajaan), ini menguntungkan pihak berpendapatan rendah walaupun yang kaya akan turut menikmatinya. Tapi jangan lupa bagi golongan yang kaya perlu membayar cukai.
Apa sikap yang perlu diambil oleh rakyat khususnya pengguna dalam situasi sekarang ini?
Saya rasa rakyat perlu ambil kira daripada kertas yang sebenar. Kalau rakyat merasakan apa yang dikatakan itu tidak benar, maka rakyat terpaksalah menyuarakannya. Jangan diam sahaja. Dan apa yang penting, rakyat perlu juga memantau dari segi kesan perbelanjaan keluarga mereka yang mengalami berapa peratus kenaikan.
Adakah kerajaan perlu melakukan pemantauan?
Memang mereka akan pantau tetapi kita pun tidak tahu apa yang akan diumumkan. Itu tentu sekali dia akan mempertahankan tindakan yang dibuat...
Ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan pengumuman yang drastik sehingga menyebabkan terdapat taklimat khusus kerajaan menghalang penggunaan frasa 'barang naik' atau 'harga naik' bagi mengelakkan ketakutan respon negatif rakyat...
Itu maknanya tiada kebebasan media. Itu hak media untuk menggunakan apa yang penting. Rakyat bukan bodoh. Kita tidak kelabu mata dengan pertukaran perkataan. Barang naik katakanlah barang naik, kalau barang itu berharga sebelum ini RM 2 sekilo tiba-tiba dia naik RM2.50 sekilo dia nak kata apa? Kalau rakyat biasa tentulah dia kata barang naik.
Jadi pengguna perlu bijak dan kena sentiasa peka dengan perkembangan semasa?
Ya, juga kena suarakan pandangan selain kena bertindak apabila perlu. Kalau perlu pulau (boikot) pulaulah. Seperti mengurangkan penggunaan apa yang patut. Tapi apa yang Perdana Menteri kata, kerajaan naikkan gula kerana mahu rakyat menjaga kesihatan. Yalah, kita yang makan gula banyak yang berpenyakit.
Adakah ia satu strategi untuk memujuk rakyat supaya tidak marah dan terima tindakan itu?
Dulu pun begitu, kalau orang bekerja di pejabat memanglah bahaya gula banyak. Tetapi mereka yang tinggal di kampung bekerja dengan mengeluarkan peluh, seperti bertani dan berternak - kesan gula itu tidaklah begitu teruk. Mungkin mereka perlukan gula lagi. Pesanan kerajaan tersebut mungkin lebih kepada golongan yang tinggal di pejabat sahaja.
Pesanan Prof kepada kerajaan dalam isu ini...
Kita harap kerajaan harus telus dan dalam apa jua yang dilakukan dia mesti mendatangkan faedah kepada rakyat. Bukan membebankan rakyat dengan alasan kerajaan tidak mampu lagi untuk beri subsidi. Apabila rakyat lihat perbelanjaan kerajaan berlakunys pembaziran sudah tentu, rakyat berpandangan apa salahnya jika jimatkan sahaja pembaziran ini dan beri subsidi kepada barang-barang yang perlu dan asas kepada pengguna.
Alasan PM langsung tak masuk akal, naik harga barang untuk kesihatan rakyat?
Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan menyifatkan alasan Perdana Menteri kononnya pengurangan subsidi hari ini terpaksa dibuat kerana untuk menjaga kesihatan rakyat adalah tidak masuk akal dan beliau percaya, tindakan tidak popular kerajaan itu disebabkan terdapat tekanan daripada pengeluar-pengeluar gula untuk menaikkan harga barang kawalan itu.
"Jika kerajaan menggunakan alasan kesihatan, mengapa tidak naikkan harga garam? Pastikan klinik 1Malaysia ada doktor begitu juga hospital kena ada doktor pakar," katanya kepada Harakah. Jelasnya, pengurangan subsidi yang dilaksanakan ini tanpa adanya akta gaji minima akan membuatkan jurang antara miskin dan kaya semakin meningkat.
Langkah kerajaan mengurangkan subsidi merupakan tindakan lazim yang dilakukan oleh negara berpolisi 'neoliberal' dengan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh rakyat. Beliau berkata, Perdana Menteri Najib Tun Razak cuba untuk mengalirkan bebanan secara perlahan-lahan kepada rakyat yang akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung bebanan itu.
Misalnya, kata beliau dasar penswastaan menjadi agenda utama dalam RMK-10 kerana melalui dasar inilah kerajaan akan membangunkan negara. "Najib memang terikut-ikut dengan polisi 'neoliberal' pada hari ini, yang jelas berbeza dengan bapanya Tun Razak banyak membuat program menggunakan subsidi," katanya kepada Harakah.
Jelasnya, apabila rakyat tiada lagi subsidi, dalam masa yang sama mereka juga tiada kenaikan pendapatan, ini menyebabkan harga barang naik, kuasa membeli menurun akhirnya menjejaskan pendapatan rakyat biasa. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang selamat dari kesan buruk pengurangan subsidi ini. Justeru, kata Arutchelvan, rakyat mesti membantah polisi kerajaan Umno-BN kerana ianya jelas membebankan rakyat.
"Sudah 53 tahun kerajaan Umno-BN bergantung kepada subsidi, mengapa tahun ini baru kata tidak boleh, sedangkan ekonomi dikatakan dalam keadaan bertambah baik," tegas Aru.
Pada 15 Julai baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Harga gula dinaik 25 sen kepada RM1.90, dan gas LPG dinaik sebanyak 10 sen sekilogram.
Secara senyap, GST sudah terlaksana - Dewan Muslimat PAS Pusat
Kerajaan Umno-BN telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara tidak sedar apabila menaikkan harga gula termasuk petrol walaupun Rang Undang-Undang GST ditangguhkan pindaannya. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (Protes), Aiman Athirah menegaskan secara tidak langsung, kerajaan telah mengenakan GST kepada rakyat dengan kenaikan yang dinamakan 'penyelarasan harga' oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tindakan kerajaan itu hanya membangkitkan kemarahan rakyat, selain memberi peluang kepada rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Athirah yang juga Exco Muslimat PAS Pusat turut mengingatkan rakyat agar tidak tertipu dengan alasan yang dimainkan Najib kononnya langkah ini dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 750 juta.
"Jika masih ingat, ketika kenaikan harga minyak 30 sen se liter pada 2006, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi berkata kenaikan itu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga kini, apa hasilnya? Kini, Najib pula guna alasan itu kononnya untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Ini semua tak logik. Jelas, Najib mempermain-mainkan rakyat," tegas beliau kepada Harakah.
Rabu, Julai 28, 2010
Kumpulan The Laurus di Amerika jadi pelobi: Najib bayar RM100 ribu untuk siar sebuah artikel beliau
Sebuah dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC mendedahkan QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika menyiarkan artikel Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Najib membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat. Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan, dedah Malaysiakini.
Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu - QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.
Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA "yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010".
"Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan".
Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan. Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.
Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu. Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.
Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut. Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.
Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington. Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
Sebelum ini, CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.
"Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka," kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.
"Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta". Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk 'Anwar didakwa bayar CNN'. Laporan itu merujuk kepada tulisan Presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang mendakwa Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.
Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu. Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.
"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak. - Malaysiakini
Langgan:
Catatan (Atom)