KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 22, 2010

PAS tak pernah khianati parti lain dalam pakatan - Dato' Mustafa Ali


PAS mengulangi pendiriannya tidak akan mengkianati parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mengadakan kerjasama politik dengan Umno-BN. PAS juga menegaskan akan terus berada dalam Pakatan Rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.  Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS tidak pernah mengkianati mana-mana parti ketika menjalinkan kerjasama politik, melainkan BN menendang PAS dari kerjasama itu.

"PAS pernah membentuk kerjasama bersama DAP dalam Barisan Alternatif pada (pilihan raya umum) 1999 tetapi DAP meninggalkan kami pada 2001 dan kemudian bekerjasama dengan kami pada 2008, kami tidak khianati mana-mana pihak... ini adalah fakta sejarah. Kami akan kekal bersama Pakatan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13, selepas itu kami tidak tahu... hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Tegasnya, tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kerjasama Kerajaan Negeri dengan Pusat. Jelasnya, dalam konteks kerjasama Kerajaan Negeri dengan Pusat sangat perlu misalnya kes tuntutan royalti Kerajaan Kelantan dengan Pusat masih belum  selesai. 

"Saya tidak fikir, pertemuan yang akan dianjurkan nanti akan menyentuh soal kerjasama politik. Kerjasama politik Umno-BN kita tidak akan terlibat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.  Mustafa mengulas tentang perkembangan politik terbaru ekoran timbulnya semula syor agar PAS dan Umno mengadakan kerjasama perpaduan demi kepentingan orang Melayu.

Sehari selepas kesediaan Tok Guru Nik Aziz itu, Muhyiddin berkata beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Tuan Guru bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal minggu ini.

14 Julai baru-baru ini, Toki Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin mengenai 'apa juga perkara'. Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

Tiada ulasan: