KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Memang Raja Nong Chik menteri 'low class' - Dr. Lo' Lo' Dato' Mohd Ghazali

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Ghazali membidas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai menteri 'low class'. Ini katanya, sebagai seorang menteri kabinet, beliau dilihat sangat kelakar dengan mengatakan BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa.

"Siapa sebenarnya ada kuasa sekarang? Bukankah mereka ini pemerintah dan sudah tentu kuasa di tangan mereka. Mereka bukan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditarik peruntukan parlimen," ulasnya kepada Harakah.

Sabtu lalu, Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan dipetik berkata, sukarnya Umno-BN bila hilang kuasa dan mereka hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa.

Dakwa Nong Chik lagi, jelas sekali di kawasan Umno-BN kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Lo' Lo' yang menghadapi kesusahan bukannya Umno-BN di Wilayah Persekutuan ini tetapi mereka dari Pakatan Rakyat, sedangkan Umno-BN diraikan dengan pelbagai kemudahan kerajaan untuk berpolitik.

"Saya nak tanya, siapa yang sebenarnya yang berkuasa? Kami sebagai ahli parlimen, di peringkat parlimen sahaja. Sedangkan Umno-BN mendapat semua peruntukkan termasuklah dari Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)," ujarnya.

Dengan itu, beliau melihat Nong Chik sebenarnya tidak mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat 'menguasai' di Wilayah Persekutuan ini, kerana apabila mereka berada di parlimen segala penyelewengan dan aktiviti Umno-BN akan terserlah.

Beliau kesal, peruntukan untuk ahli parlimen di mana-mana pun termasuk di Wilayah Persekutuan di beri kepada Ketua Bahagian Umno sebaliknya ahli parlimen Pakatan Rakyat dinafikan peruntukan itu, malah kemudahan daripada DBKL juga kadang-kadang  tidak dibenarkan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah dasar UMNO sejak dulu lagi,macam malaysia ini hanya boleh di perintah oleh mereka,dulu rakyat mudah diperbodohkan..sekarang dah berubah.tunggu PRU13.talkinkan umno/BN