KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Betapa hina, hipokritnya Umno-BN dengan Zionis Israel - Nurul Izzah


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa tuduhan Umno-BN yang sengaja mengaitkan hubungan Ketua Pembangkang, DatO' Seri Anwar Ibrahim dengan Yahudi-Israel adalah bersifat propaganda murahan.

"Jika mereka ingin sabitkan persahabatan Anwar dengan Pengerusi Bank Dunia, Paul Wolfowitz bagi membuktikan keakraban dengan Yahudi dan Israel, saya ingin tegaskan ianya adalah perbincangan dalam menyatakan pandangan berhubung serangan Amerika Syarikat ke atas umat Islam. Sebelum ini saya sendiri yang menyaksikan ayah saya bercakap dengan Wolfowitz dan perkara ini tidak disembunyikan daripada pengetahuan umum," ujarnya ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Anwar mempunyai hubungan intim dengan Yahudi.

Ujarnya, tindakan Anwar yang pergi berbincang dan mengemukakan pandangan beliau mengenai isu-isu membabitkan umat Islam dan Amerika Syarikat membuatkan pihak luar lebih menghormatinya daripada terus berselindung dan menyembunyikan hakikat sebenar.

Nurul Izzah mendakwa isu yang sengaja ditimbulkan ini adalah bermotif untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar bagi mengelirukan rakyat dengan tohmahan yang dilemparkan kepada Anwar sebagai agen CIA dan Yahudi sejak tahun 1998.

"Namun, kerajaan Umno-BN yang mendakwa kononnya anti Yahudi-Israel meneruskan usaha konsisten dengan pengambilan Apco Worldwide yang berpengkalan di Amerika Syarikat sebagai pakarunding; yang mempunyai kaitan khusus sebagai pimpinan Zionis termasuklah agen perisik Mossad.

"Tindakan ini telah membuktikan dakwaan Umno sehingga telah membuka pekung di dada dengan tindakan mereka yang mahu mengalih perhatian rakyat sejak pemerintahan Najib yang hanya mengikut telunjuk Amerika Syarikat untuk menekan negara Iran dalam meneruskan projek nuklear mereka," tegasnya.

Beliau yang juga puteri sulung Anwar turut mendedahkan mengenai perbincangan Anwar dengan Wolfowitz apabila bekas menteri pertahanan Amerika itu melahirkan kehairanan berhubung tindakan Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menyatakan rasa tidak setuju dengan serangan Amerika ke atas Iraq.

"Pada tahun 2004, ayah (Anwar) ada menyatakan prinsipnya yang mengutuk peperangan Amerika ke atas Iraq dan ia terus disampaikan kepada wolfowitz. Tetapi pada masa yang sama pak Lah ada bertemu dengan presiden Amerika ketika itu, George W Bush," tegas Nurul Izzah.

Ruang yang ada pada masa itu (pertemuan dengan Wolfowitz) ujarnya, digunakan Anwar untuk menyampaikan pendirian rakyat Malaysia yang menolak peperangan dengan Iraq, tetapi wolfofitz berasa hairan ianya tidak dimaklumkan oleh Abdullah ketika bertemu dengan Bush sebelum itu.

"Sebaliknya Abdullah pula menawarkan bantuan tentera perubatan kepada Amerika dalam peperangan tersebut. Inilah yang sepatutnya dipersoalkan iaitu kenapa ianya disembunyikan kemudian cuba mengkambing hitamkan Anwar pula!" katanya tegas.

Hujahnya lagi, Anwar lebih berani menyampaikan kutukan ke atas serangan Iraq ketika berhadapan dengan Bush berbanding Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang baru-baru ini melawat Amerika untuk berjumpa Obama.

"Semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, Najib yang gah mempromosikan hubungan baik yang berjaya dijalinkan dengan Amerika dan kemudiannya meluluskan Akta Perdagangan Strategik iaitu mengenai kawalan senjata dan ianya adalah satu akta yang lebih relevan kepada perang dan terorisme - semuanya ini membuka pekung di dada. Ianya adalah hadiah kepada Obama dan hal ini diakui oleh White House (Rumah Putih)," hurainya panjang lebar.

Justeru, berdasarkan hujah yang dikemukakan, beliau meminta rakyat menilai siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel. Menyentuh mengenai lawatan Anwar ke Washington baru-baru ini beliau menafikan  tindakan memohon maaf daripada Anwar dibuat kepada pihak Amerika.

"Ianya adalah suatu perancangan yang telah lama dibuat dan hal ini tidak pernah disembunyikan daripada umum, tapi untuk menyatakan mohon maaf semua itu dusta. Saya tahun tentang lawatan ini sejak tahun lalu dan ianya bukanlah perkara baru.

"Saya harap rakyat dapat nilai bagaimana ayah berani menghadapi kekuatan Israel dan ayah mengambil pendirian yang tegas walaupun menyedari akan risikonya. Lihatlah bagaimana hipokrit dan hinanya Umno-BN yang kononnya membela Islam dan mengutuk Yahudi-Israel," tegasnya lagi.

Tiada ulasan: