KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Muhyiddin naik berang: Kepercayaan rakyat terhadap PR jadi ancaman baru kuasa Umno-BN




Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasssin kononnya kaum Melayu mulai bimbang dengan perkembangan politik hari ini sehingga boleh menggugat kedudukan dan kuasa orang-orang Melayu.

Tegasnya, Muhyiddin dan pimpinan Umno mulai berasa tergugat dengan kekuatan yang dibina Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan KeADILan, PAS dan DAP yang bergabung dan mendapat kepercayaan rakyat sehingga menggugat kuasa politik Umno.

"Saya berkeyakinan hak Melayu dan Bumiputera lain seperti Kadazan Dusun akan lebih diberikan perhatian," katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, dasar Pakatan Rakyat jelas memacu ekonomi dan menghapuskan penyelewengan, pemborosan dan membela nasib rakyat miskin yang terpinggir, ini kerana jurang pendapatan orang kaya dan miskin di antara kaum amat melebar.

"Kita perhatikan kegagalan Umno menangani masalah ini. Melayu ini bukan 400 atau 500 golongan terkaya yang memimpin Umno dan kroni keluarga mereka. Walhal, Melayu itu ialah puluhan juta orang Melayu di bandar, desa dan pendalaman yang perlu diberi perhatian dan pembelaan.

"Dengan tegas saya menyatakan ini merupakan wacana baru yang mahu digunakan Umno ketika mereka berkuasa untuk mendapat kontrak besar, saham besar menerusi kuasa yang menimbun," dakwanya. Anwar berkata, itu hanya beberapa kelompok pimpinan Umno kroni dan keluarga mereka malah dapat dilihat senarai terkaya adalah di kalangan keluarga dan pimpinan mereka juga.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan  orang Melayu akan berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," kata Muhyudin.

Tiada ulasan: