KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahu polis siasat tuduhan liar Shafie kerana timbul suasana tak hormoni

PAS menyifatkan tuduhan aprti itu sebagai 'parti ajaran sesat' yang dilemparkan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai satu perkara yang serius kerana lahir dari seorang menteri yang juga Naib Presiden Umno. Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan al-Quran, hadis, Ijmak Ulama dan Qias sebagai dasar perjuangan, menuntut beliau agar menarik balik tuduhan tersebut serta memohon maaf dengan kenyataan celupar tersebut.

"Apakah PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, menghalalkan apa yang dihalalkan  Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan Allah boleh dianggap sesat?  Apakah Umno yang menghalalkan perjudian, meluluskan lesen rumah-rumah urut, kasino dan ratusan pusat maksiat, merupakan parti yang betul dengan kehendak Islam? " soal beliau ketika dihubungi Harakah, 6 Julai lalu.

"Sikap Umno apabila ‘menghalalkan’ sesuatu kemungkaran, mereka memberi alasan kononnya ia untuk golongan bukan Islam; namun menjadi bisu apabila golongan bukan Islam khususnya masyarakat cina dan India turut membantah pemberian lessen perjudian.  Apakah ini tidak dilihat Shafie?" soal beliau lagi. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim cuba mengingatkan Shafie tentang dasar nasionalisma yang menjadi dasar perjuangan Umno merupakan perjuangan assabiyah (perkauman) yang ditentang Islam.

"Apakah beliau tidak bertemu dengan hadis Rasulullah yang menentang dasar dan perjuangan asabiyyah, sebagaimana adanya pihak yang mendakwa tidak menemui nas mengharamkan perjudian?" soal beliau. Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap kenyataan beliau kerana ianya boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I know thіs web sіte presentѕ quality depenԁеnt posts and
extrа material, is thеre any othеr web
sіte which providеs suсh stuff in quality?


my ωebρage; payday loans

Tanpa Nama berkata...

For spreading Aryan culture, they gave land grants to Brahamins This practice
natural male enhancement supplement of giving land grants.
That devilish grin played on his face.

Here is my blog :: Vivaxaexposed.com

Tanpa Nama berkata...

Members of remove facial hair the control group, and 11.


my homepage :: hair-growth inhibitor