KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Utusan diperdaya blogger gila: Kos biayai APCO bercanggah, tuduh Anwar 'agen CIA'


Kenyataan berdolak-dalik Perdana Menteri tentang kos kontrak antara kerajaan dengan pelobi Israel APCO Worlwide yang bercangggah dengan angka asal RM77 juta di Parlimen, dan tindakan sengaja 'menggelapkan' perjanjian baru yang dibuat dengan perunding itu membuktikan adanya usaha menutup pekung hubungan kerajaan Umno-BN dengan agen Israel itu.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan, flip flop Dato' Seri Najib Tun Razak itu sudah dijangka, kerana isu APCO sukar ditepis pembabitan kerajaan Umno-BN sehingga terpaksa mewujudkan 'kambing hitam' lain kononnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai agen CIA, lebih teruk dari mereka.  

Umno-BN sanggup membuat dakyah apabila hanya merujuk laporan sebuah blog 'yang tak dikenali' yang kononnya menuduh Anwar sebagai agen CIA dan ianya diperbesarkan oleh media cetak kuasaan Umno di negara ini tanpa bukti yang kukuh, katanya.

Amat malang sekali, Umno-BN gagal meyakinkan rakyat dalam isu APCO, sedangkan yang lebih merbahayakan APCO jelas dikaitkan dengan rangkaian Zionis seluruh dunia.

Tegas Mahfuz, melalui APCO ini, Najib Tun Razak berjaya mendekati 'Rumah Putih' dan mudah mendapat akses bagi menemui Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama baru-baru ini. Hakikat ini lebih meragukan berbanding tuduhan liar ke atas Anwar dalam usaha mereka untuk menutup isu kaitan negara dengan perunding APCO dan kewujudan agen Israel di Bukit Aman, ujarnya.

Mahfuz kesal, tuduhan liar itu boleh menjatuhkan kreadibiliti pihak polis, yang 'gagal' menghidu Anwar sebagai 'agen CIA' sedangkan tuduhan-tuduhan ini berputar sejak 12 tahun yang lalu.

Mengulas isu yang sama, bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung tohmahan kononnya Anwar agen CIA.

Rais juga diminta memohon maaf kepada, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat berikutan tuduhan melulu dan tidak berasas itu.

Malott menegaskan, sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari sesawang google beliau akan mengetahui blogger bernama Elaine Meinel Supkis yang dianggap 'pakar' oleh Utusan sebenarnya mendakwa beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindikit wang haram. Blogger ini juga berkata, beliau tinggal diatas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayam. 

"Bagaimana orang seperti ini, tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agewn CIA?" tanya Maloot. Beliau menegaskan Anwar tidak pernah menjadi agen Amerika dan apa yang dikatakan Rais adalah tidak benar selain tersasar faktanya.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998,  Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar," kata John R Malott dalam satu kenyataan pada 13 Julai.

Beliau juga mempertikai kredibiliti Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fakta yang maklumat yang tepat dalam membuat tuduhan.

Sudah tentu rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku, katanya.

Sebuah akhbar arus perdana telah menyiarkan satu berita mengenai seorang blogger dari New York, bernama Elaine Meinel Supkis yang tidak dikenali umum, menuduh dalam tulisannya, Anwar 'agen CIA' yang dipaparkan di blognya. 

Walaupun akhabar tersebut menggambarkan blogger itu sebagai "seorang yang menonjol", namun tiada sebarang maklumat tambahan yang dapat diperolehi daripada siasatan pada beberapa enjin carian mengenai nama penulis mahupun blog miliknya. 

Tiada ulasan: