KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 29, 2010

Ajak PAS berpadu: Umno kian nyawa-nyawa ikan, mahu PAS selamatkannya

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa percaya dari sudut politiknya Umno tidak berniat untuk bersatu dengan PAS atas alasan Melayu dan Islam, sebaliknya, Umno bersungguh-sungguh mahu bersatu dengan PAS disebab partinya semakin lemah. Malah katanya, Umno sedar PAS sudah mengambil alih sebahagian tugasnya dan tahu mereka tidak boleh kekal menguasai politik negara ini maka pimpinannya terpaksa bercakap mengenai perpaduan Melayu.

"Ini bukan perkara baru malah berulang-ulang kali, jadi apabila acap kali menyebut, maka itu adalah kepentingannya," katanya kepada Harakah.

Ketua Penerangan Umno Dato' Ahmad Maslan dipetik berkata, Umno akan berusaha keras untuk bersatu dengan PAS kerana ia bukan sahaja menguntungkan orang Melayu tetapi turut memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini.

"Semua rakyat akan mendapat keuntungan daripada perpaduan antara Umno dan PAS kerana kalau bangsa Melayu asyik berbalah ia tidak akan menguntungkan sesiapa malah ekonomi negara akan menjadi teruk serta mundur.

"Tetapi jika orang Melayu bersatu dan berhenti bergaduh sesama sendiri pastinya mereka boleh menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mampu menguntungkan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Bagan, 25 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menyokong sepenuhnya pendirian PAS, sudah sampai masanya parti itu menggantikan tempat yang diduduki Umno selama ini. Tegasnya, tidak timbul diadakan dailog, perbincangan atau sebagainya dengan Umno.

"Isunya PAS mesti mengantikan Umno kerana berapa sebab. Antaranya Umno telah diberi ruang masa yang cukup luas, lebih 50 tahun tetapi mereka masih lagi tidak menunjukkan satu komitmen untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu.

"Kita tengok atas kepentingan politik mereka tergamak memainkan isu perkauman sehingga menyebabkan hubungan antara kaum yang dibina 50 tahun ini semakin hari semakin meruncing dan ia sengaja diwujudkan oleh Umno semata-mata untuk mengekalka kuasa mereka," katanya.

Mujahid teringat kata-kata arwah bapanya, bekas Presiden PAS, Ustaz Yusuf Rawa, 30 tahun lalu pernah menyebut, "hangpa (kamu semua) tengoklah satu hari nanti Umno akan merangkak dekati PAS". Katanya, arwah bapa menerangkan perkataan 'merangkak' itu bukan kerana mahu bersatu dengan PAS tetapi kerana parti tersebut sudah hlang kuasa.

1 ulasan:

Miss X berkata...

Saya menyakini satu perkara. Jika amal yang dilakukan oleh seorang pejuang itu ikhlas, beliau tidak akan sempat merasa hasilnya.

"UMNO merangkak pada PAS", satu pandangan jauh yang superb!