"Ia satu kenyataan yang cukup tidak bertanggung jawab dan tidak menunjukkan keterbukaan untuk memberi kebebasan kepada rakyat. Kenyataannya itu seolah-olah Umno kian tercabar dengan sokongan rakyat semakin berkurangan.
"Jika rakyat Amerika boleh tukar kepimpinan mereka kepada pemimpin daripda golongan kulit hitam dan jika hari ini tidak dalam suasana dimainkan dengan isu dasar perkauman Umno, rakyat Malaysia cukup lunak untuk terbuka kerana kita lebih ramai orang Islam," katanya.
Beliau juga memberi contoh dalam kepimpinan Nabi Muhammad SAW juga terdapat bangsa lain menjadi khalifahnya.Tambahnya, tanggapan Muhyiddin itu merupakan ugutan bagi meneruskan agenda Umno dan merupakan umpan kepada rakyat agar tidak cuba untuk menukar kerajaan. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menegaskan golongan Melayu tidak pernah bersatu kerana terdapat perbezaan akidah dalam perjuangan.
"Saya tidak nampak perbezaan parti sebagai unsur perpecahan. Di Malaysia ini terdapat 'Melayu haluan kiri', 'Melayu Islamik' dan 'Melayu perkauman' seperti Umno. Ini menunjukkan Melayu tidak pernah bersatu kerana mereka hanya berlainan akidah.
"Apa yang dinyatakan Muhyiddin itu tidak betul kerana Melayu tidak pernah bersatu. Apa guna bersatu jika mengenepikan akidah Islam. Umno sebelum ini bersatu untuk meneruskan kekuasan Umno dan mengenepikan akidah Islam," tegasnya.
Muhyiddin dalam kenyataannya mengingatkan orang Melayu akan berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri. Katanya lagi, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan