Anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat mempertikai keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersemuka dan menyoalsiasat penyiasat persendirian, P Balasubramaniam. Sedangkan pihak berkuasa Perancis telah menjemput Bala ke Perancis dan menjadikannya saksi pertama dari Malaysia untuk memberi keterangan dalam siasatan dakwaan berlakunya rasuah dalam jualan kapal selam Scorpene oleh DCN kepada Malaysia.
Demikian tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu sidang medianya di Parlimen 12 Julai lalu. "Adalah sesuatu yang memalukan Perancis yang serius mengenai siasatan dakwaan rasuah itu dan bukannya Kerajaan Malaysia, " ujarnya sinis.
Sebuah kerajaan asing dan bukannya SPRM yang menyiasat perkara ini. Ini kerana mereka tidak mahu cakap-cakap bahawa salah sebuah agensi milik kerajaan mereka terbabit dalam rasuah, melibatkan ahli politik mereka dan Malaysia.
"Mengapa SPRM tidak menyiasat perkara ini? Mengapa mereka tidak bercakap dengan Balasubramaniam? Ini sangat aneh. Saya rasa suruhanjaya itu takut padanya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan