KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Sasterawan Negara Dato A Samad Said nafi "mata duitan" selaiknya membidas Rais Yatim


Sasterawan Negara, Tan Sri A.Samad Said mendakwa pendedahan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Dato' Seri Rais Yatim mengenai kemelut membabitkannya hanyalah separuh daripada maklumat sebenar.

"Apa yang didedahkan oleh menteri hanyalah separuh sahaja rahsianya kerana ada separuh lagi yang tidak disebutkan," dedahnya kepada Harakah dan beliau menjangkakan menteri itu akan mendedahkan separuh lagi rahsia apabila tiba masanya.

Rahsia yang dimaksudkannya itu merujuk kepada hubungan beliau dengan Rais mengenai penjualan hasil khazanah yang dimilikinya. Menjawab persoalan mengenai tuduhan Rais yang mendakwa kerajaan telah menghabiskan kira-kira RM485 ribu untuknya, Pak Samad meminta agar menteri berkenaan membuat siasatan dengan lebih terperinci.

"Saya sarankan kalau boleh beliau dapatkan butiran lanjut mengenai peruntukan yang diberikan perpustakaan sebanyak RM485 ribu kerana barangkali tidak begitu menjelaskan bahawa saya ambil 'duit buta' dengan khazanah yang saya kumpulkan hampir 50 tahun lalu," katanya. Beliau yakin pihak kerajaan khususnya menteri berkenaan mempunyai niat tertentu ketika membangkitkan persoalan mengenai sumbangan beliau serta wang peruntukan yang telah dibelanjakan untuknya.

"Saya bukan ambil duit dia tetapi saya jual khazanah itu kerana itulah hasil saya. Tak payahlah nak ungkit," ujar Pak Samad serius. Pak Samad turut membidas Rais yang menuduhnya 'membalun' wang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan niat untuk menyifatkannya sebagai mata duitan.

"Apa niat dia menyatakan saya ini membalun atau menggodam DBP? Benda itu sengaja untuk menyangkut-nyangkutkan dan barangkali untuk membuktikan saya ini mata duitan," katanya lagi. Beliau turut memberikan respon dan pesanan kepada Rais yang bertanya kepadanya, "apa lagi yang Pak Samad mahu?".

"Jawapan saya, mulai sekarang, saya tidak mahu apa-apa lagi daripada menteri kebudayaan," tegasnya. Hujahnya, beliau sekadar ingin mewaraskan apa yang sedang berlaku. Saya bukan merajuk tetapi cuba untuk mewaraskan kerana adakah benar saya ingin perjuangkan hal ini," tegasnya lagi.

Terdahulu, Rais menyuarakan rasa hairan tentang apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said setelah terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu yang menjawab kekecewaan A.Samad terhadap layanan kementerian beliau dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya berkata, malahan buku-buku hasil karya sasterawan itu sendiri telah banyak dibeli oleh KPKK.

"Melalui Perpaduan Negara Malaysia, hampir RM485,000 buku-buku Samad tidak termasuk hasil tulisan sajaknya yang telah dibeli."

Rais mengulas hasrat A.Samad dalam laporan akhbar sebelum ini yang mahu menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu. Berhubung cadangan A. Samad hendak membawa karyanya ke luar negara seperti New Zealand, Rais berkata, itu adalah haknya untuk berbuat demikian.

Tiada ulasan: