KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Tarik balik tuduhan PAS 'Parti Ajaran Sesat' atau ahli-ahli PAS bacakan Yassin - Ustaz Idris Ahmad


PAS menyifatkan dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh Parti Islam Semalaysia itu parti ajaran sesat, sebagai satu kenyataan yang biadab, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Shafie yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Katanya kepada Harakah, Ustaz Idris mencabar Shafie atas dakwaan apa menetri Umno itu membuat tuduhan demikian? Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut? 

Jelas Ustaz Idris, di dalam  Perlembagaan PAS Fasal 3 disebut dengan jelas; "Dasar PAS ialah Islam". Fasal 7 (1); "Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulama dan Qias yang terang dan nyata". 

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya? PAS tidak mahu ajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang diperjuangkan oleh PAS selama ini kerana kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS maka jangan buat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS sekarang ini," tegas beliau.

PAS sifatkan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang terlalu emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu. 

Katanya, PAS yang di dokong oleh tuan guru dan alim ulama selama ini, terbukti mmeperjuangkan Islam sebagai dasar parti dan agak pelik bagaimana Shafie boleh menyerang PAS dengan tuduhan tersebut?

Satu ketika dahulu, jelasnya, PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA.

Ustaz Idris yakin, kenyataan biadab Shafie ini untuk memburuk-burukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya, dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS. 

"Shafie dan Umno cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan 'minyak pelincir' untuk menggerakkan parti, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang kini berada di bawah naungan Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Tegas ustaz Idris, Pas menasihatkan Shafei sebelum mahu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, elok terlebih dahulu beliau meneliti beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi SAW.

"PAS beri amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik tuduhan itu, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," tegas beliau.

Tiada ulasan: