KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 15, 2010

PAS beri tempoh seminggu untuk Shafie Apdal tarik balik tuduhan jahat kononnya PAS "Parti Ajaran Sesat"!


Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat laporan polis ke atas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Shafie Apdal berhubung kenyataan yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh berkata demikian ketika mengulangi penegasan terhadap desakan supaya Shafie menarik balik dakwaan tersebut dalam tempoh seminggu.

"Dewan Ulama PAS Pusat mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Shafie Apdal dan memberi amaran agar beliau menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh seminggu dan jika beliau enggan kita akan membuat laporan polis serta mengerahkan seluruh ahli di cawangan agar mengerjakan solat hajat," katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Tambahnya, solat hajat tersebut ditujukan khusus kepada Shafie dengan permohonan agar beliau diberi keinsafan oleh Allah atau menerima hukuman yang setimpal daripada-Nya. Malah, Ustaz Nik Zawawi mencadangkan agar beliau meletakkan jawatan kerana bersikap tidak jujur sebagai pemimpin negara dan tidak layak membicarakan isu parti Islam yang didakwa sesat memandangkan beliau tidak mempunyai latar belakang agama.

Terdahulu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamad turut mencabar Shafie agar berdialog atau berdebat dengan PAs berkenaan tuduhan liar yang disebutkannya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, Shafie mesti menarik balik tuduhan jahat itu dalam tempoh seminggu. Jika ia tidak dilakukan, PAS akan mengerahkan melalui Dewan Pemudanya di semua peringkat membuat laporan polis dan meminta Dewan Ulama dan Jawatan kuasa Ulama peringkat kawasan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin ditujukan khusus kepada Shafie.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

manusia tidak berpendidikan agama cakap ikut sedap mulut.tak pernah ambil tahu hukum hakam islam sebab beliau sendiri sudah....... ahuzubillah...