KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 17, 2010

Umno-BN sepatutnya sedia dikritik oleh Suara Keadilan, Harakah dan Roket


Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub berpendapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memainkan peranan yang cukup besar dalam menyekat suara  parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai paltform lain kecuali media cetak yang dimiliki organ parti.

Beliau menegaskan penggunaan akta tersebut masih dianggap penting kepada kerajaan kerana media elektronik berada sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan Umno-BN dan tidak membuka ruang langsung kepada parti yang tidak berpihak kepada kerajaan.

"Malaysia sebuah negara yang mendakwa sebagai negara demokrasi. Tetapi amat memalukan kerana negara lain seperti  United Kingdom yang mana sebahagian sistem negara ini diambil dari negara tersebut, tetapi media di negara itu memberi kebebasan kepada semua parti menyuarakan pandangan.

"Dalam konteks Malaysia kebebasan tersebut tidak berlaku. Ditambah pula dengan penarikan permit penerbitan  bagi akahbar yang merupakan sebahagian darida organ parti, ini menambahkan lagi kemuduran serta sikap kuasa hegemoni yang ada pada BN sebagai pemerintah," tegas.

Mustafa sewaktu dihubungi Harakah turut  menegaskan Umno-BN seharusnya tidak melihat parti-parti bukan BN sebagai parti bawah tanah atau gerakan subversif dengan menyekat permit penerbitan akhbar kelolaan mereka.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat katanya merupakan parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan serta merupakan penyumbang kepada proses demokrasi yang sihat di Malaysia.

"Pada masa yang sama mereka boleh menegur parti-parti Pakatan Rakyat melalui media mereka. Seharusnya Perdana Menteri sebagai pemerintah mempunyai sikap yang lebih matang dalam iklim demokrasi di Malaysia.

"Kita mahu tanpa sebarang sekatan akan membuahkan kecerdikan politik di kalangan rakyat. Asas kepada demokrasi adalah seorang rakyat satu undi. Ini menunjukkan rakyat perlu dicelikkan politik mereka sebelum mereka membuat keputusan politik yang matang melalui proses pengundian," tegasnya.

Justeru katanya, perlu ada kesediaan pada pemerintah untuk ditegur melalui media kerana jika satu pihak sahaja mengeluarkan pandangan dan pihak mereka, manakala parti bukan BN hanya dianggap pengganas, ia merupakan pengkhianatan terhadap proses demokrasi.

Tiada ulasan: