Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) menyerahkan memorandum yang menyenaraikan 15 cadangan pembaharuan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Julai lalu. Pengerusi Bersih, Dato' Ambiga Sreenevasan berkata mereka menerima banyak aduan mengenai halangan untuk mendaftar pengundi baru, dan ianya merupakan tanggungjawab SPR untuk membantu mereka mendaftar pengundi.
Jelasnya, SPR menuntut supaya setiap aduan mengenai kesalahan pilihan raya disiasat dan tindakan diambil jika kesalahannya terbukti. Ambiga selepas menyerahkan memorandum itu kepada SPR berkata beliau percaya ada kuasa yang mencukupi di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dan terdapat undang-undang cukup jelas yang merangkumi beberapa kes kesalahan pilihan raya.
Tegasnya lagi tiada guna mempunyai akta kesalahan pilihan raya jika ianya tidak dikuatkuasakan. Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam juga berkata memorandum itu adalah sebahagian daripada matlamat gabungan itu untuk mengadakan dialog dengan semua pihak terbabit.
Jelasnya, jika terdapat pihak bersedia untuk berbincang denganBersih, pertubuhan tersebut tidak perlu untuk mengadakan perhimpunan. "Kami mahu berbincang, baik dengan pembangkang dan kerajaan BN," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan