KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 15, 2010

Suara rakyat ditutup: KDN kini berkeras, permit Harakah masih "dipenjara"


Akhbar lidah rasmi PAS, Harakah berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penilaian positif terhadap penjelasan mereka. Pengarah Urusan akhbar itu, Dato' Kamarudin Jaffar yang telah pun menghantar surat jawapan kepada KDN berhubung surat tunjuk sebab kedua yang diberikan kementerian pada Isnin 12 Julai lalu. 

"Sebagai penerusan daripada perjumpaan dan perbincangan semalam, kita menghantar jawapan kita tengah hari ini (13 Julai),” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tumpat. Jawapan itu, katanya sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan KDN berhubung penerbitan dan pengedaran Harakah. Isnin lalu, KDN memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi PAS itu, bagi menjawab surat tunjuk sebab terbaru yang dikemukakan.

Sehari selepas diberi surat tunjuk sebab, Setiausaha Agung, PAS Datuk Mustafa Ali dan Kamaruddin hadir ke KDN bagi memberi penjelasan berhubung surat tunjuk sebab pertama KDN bertarikh 8 Julai lalu. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula 12 Julai dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.

Ianya berhubung persoalan lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota PAS dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan. Biarpun sudah diadakan pertemuan kedua dua pihak, KDN menyatakan mereka masih memerlukan penjelasan bertulis dari Harakah.

"Kita yakin penjelasan kita munasabah dan sepatutnya diterima oleh kementerian," jelas Kamarudin ketika ditemui di Parlimen. Penerbitan Harakah tamat permitnya pada 7 Julai lalu dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini. "Kita harap pihak KDN membuat penilain positif dan kita juga berharap menerima jawapan positif," katanya.

Tiada ulasan: