KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 17, 2010

Gerakan massa rakyat yang lebih tegar diperlu untuk nyahkan akta - Tian Chua


Pengarah Srategik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua  berkata, rakyat sudah maklum setiap kali kerajaan mahu mengkaji atau membuat perubahan mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ia berakhir dengan tanpa apa-apa perubahan.

Tegasnya, ini kerana kebebasan media satu isu yang lama diperjuangkan sehingga ke hari ini. Namun dakwanya, kerajaan bukan saja masih ragu-ragu tetapi mengambil langkah ke arah lebih menekan dan menyekat pengedaran media cetak khususnya yang mewakili suara pembangkang.

"Ini menampakkan era Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kembali ke tahap Tun Mahathir di mana media ditekan dan sebagainya," katanya semasa ditemui di Parlimen. Menurutnya, sekiranya rakyat terus ditekan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan mereka akan menjadi buntu dan tidak menyertai satu gelombang globalisasi yang begitu pesat sekarang.

"Kita semua akan ketinggalan jauh ke belakang bukan saja di segi etika atau demokrasi tetapi menjejaskan perkembangan ekonomi," ujarnya. Mutakhir ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat cuba menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ke atas beberapa akhbar tabloib dan parti politik termasuk Suara Keadilan.

Dengan itu katanya, beliau berharap beberapa pihak  terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan supaya memperluaskan gerakan memansuhkan berkenaan. Gerakan tersebut katanya, perlu diserta para wartawan, penulis, penerbit dan orang awam yang mahukan negara ini  lebih bebas dan tidak dieksploitasi atau ditindas kerajaan Umno-BN.

Tiada ulasan: