KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 22, 2010

Langganlah sekarang: ePaper Harakah kini dibaca di seluruh dunia


Akhbar Harakah, satu-satunya akhbar alternatif yang tidak asing lagi di negara ini. Ia merupakan salah satu akhbar terawal pembangkang khususnya PAS, dalam menyebarkan maklumat secara telus kepada rakyat negara ini.

Hampir mencecah lebih dua dekad, Harakah mengorak langkah seiring dengan transformasi media cetak ke dunia teknologi maklumat (IT). Selain menjelajah ke dunia cetak, kemudian ke dunia siber sehingga melahirkan Harakahdaily.net.

Terkini, satu pembaharuan yang baik buat Harakah apabila edisi ePaper yang memberi sentuhan baru diperkenalkan. Ianya lebih cepat dan efisyen.    

Para pembaca Harakah yang sukar untuk mendapatkan akhbar itu versi cetak boleh mendaftar di alamat http://epaper.harakah.net.my dan bagi pengguna baru mereka boleh mengakses secara percuma selama seminggu.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, Mohd Suhaimi Embong, misalnya bagi para pembaca terutamanya di Sabah dan Sarawak serta mereka yang berada di luar negara yang menghadapi masalah edaran Harakah yang terhad dan tidak menentu, bolehlah melayari terus ke alamat tersebut.

Katanya, melalui teknologi e-paper itu, idea mewujudkannya timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca di luar negara contohnya di Canberra Australia, Jordan, Mesir, Turkey, Jerman, London dan dimana-mana sahaja pembaca setianya boleh mengakses ePaper Harakah. 

"Bagi mereka yang tinggal di luar negara, inilah cara yang paling mudah dah efisyen untuk mendapatkan maklumat daripada Harakah cetak. Untuk para dengan cara ini amat mudah untuk mereka mendapatkan maklumat walaupun tinggal beribu batu,"katanya. 

Malah kata, para pembaca yang sentiasa berurusan dengan internet amatlah sesuai untuk mendapatkan Harakah ePaper ini. 

Apa yang menarik Harakah edisi Jumaat boleh dibaca awal sehari iaitu pada hari Khamis. Begitu juga dengan edisi isinin boleh dibaca sebelum hari berkenaan.

Menurut Suhaimi, antara kelebihannya pembaca dapat membaca akhbar seoah-olah ia bercetak, dapat menyelak helaian muka suratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus, tiada masalah kerana helaian muka surat boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas.

Tambahnya, ePaper berbeza dengan Harakahdaily yang lebih kepada berita terkini sahaja, manakala ePaper akan memaparkan kesemua yang terkandung didalam Harakah cetak termasuklah iklan, artikel, dan sebagainya. Pendek kata ePaper adalah klon Harakah cetak.

ePaper Harakah dilancarkan pada tahun 2009 ketika sidang Muktamar PAS Ke-52 yang berlangsung di Shah Alam. Sehingga kini ePaper memiliki hampir 20,000 pelanggan di seluruh dunia.  

Tiada ulasan: