KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Umno terpaksa tuduh PAS "parti ajarah sesat" sebab bimbang sokongan bukan Islam makin tegar terhadap PAS

Tindakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Shapie Apdal menyerang dan menuduh PAS sebagai 'parti ajaran sesat' ternyata membuktikan keadaan Umno kini kian tergugat dengan perkembangan sokongan golongan bukan Islam terhadap PAS.

Demikian ditegaskan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa kepada Harakah di lobi Dewan Rakyat baru-baru ini. "Ia merupakan suatu respons bagi menunjukkan rasa kebimbangan mereka terhadap perkembangan positif golongan bukan Islam kepada PAS mutakhir ini," katanya.

Tuduhan Shapie itu, ujarnya bermotif untuk menjauhkan rakyat bukan Islam kepada PAS dengan menggunakan 'modal lama' kerana sudah tandus strategi bagi mengurangkan sokongan yang diberikan. PAS baru-baru ini telah menubuhkan satu sayap baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sebelum itu dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS dengan keahlian mencecah lebih 20,000 orang.

"Mereka (Umno) kini sedang menghadapi saat-saat getir untuk meraih kembali sokongan orang Melayu dan sekarang bertambah parah dalam mengendalikan pengundi bukan Melayu yang sukar dijangka. Pengundi Melayu yang tegar menyokong PAS sukar untuk diyakini tentang pegangan Umno menyebabkan mereka sukar untuk menerima Umno tetapi dalam isu bukan Melayu mereka cuba mencetuskan pula keraguan kepada PAS melihat perkembangan positif Dewan baru tersebut," ujarnya.

Tegasnya, dalam isu memperjuangkan Islam pula beliau mendakwa pengundi Melayu Islam lebih bijak dalam menilai tindakan dan pegangan Umno dalam memperjuangkan isu-isu Islam.

"Semua orang tahu bagaimana Umno yang 'tidak sesat' boleh menghalalkan judi, jadi isu ini saya anggap tidak serius. Orang Melayu dapat melihat sendiri penghayatan Islam pada PAS yang lebih menonjol, komitmen kita, yang telah dibuktikan dengan pelbagai isu dan tindakan.

"Saya tidak menganggap tohmahan ini dapat mempengaruhi orang ramai," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. Justeru, beliau memperingatkan ahli dan penyokong PAS agar tidak termakan dengan fitnah dan terus komited meneruskan kerja bagi membantu usaha memenangkan Islam.

Tiada ulasan: