KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 23, 2010

Pertemuan khas empat editor Harakah, Harakahdaily dengan Setpol Presiden PAS


Satu pertemuan khas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dengan editor-editor Harakah dan Harakahdaily telah diadakan di Pejabat Presiden, Jalan Raja Laut pagi 22 Julai, Khamis lalu.

Editor Harakah yang hadir Taufek Yahya, Tarmizi Mohd Jam, dan Rashidi Hassan. Sementara itu, Harakahdaily menghantar editornya, Zulkifly Sulong. Bagaimana pun, seorang lagi editornya, Azmi Yusuff uzur tidak hadir. Turut serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Pertemuan ini membincangkan beberapa isu tertunggak yang sepatutnya diselesaikan lebih awal. Ia merangkumi peranan Harakah dan Harakahdaily dalam melaporkan aktiviti Presiden PAS disamping mengemaskini beberapa kolum, dan memperkasakan unit media Presiden.

Bersetuju dengan syor Dr. Shamsuri, Harakah akan memperkasakan pertemuan dan sesi wawancara khas setiap bulan bersama Presiden PAS sebagai wadah menjawab pelbagai isu dengan memperkenalkan kolum baru "Sesi Cakap-Cakap Bersama Presiden PAS" mulai Julai ini.

Pertemuan khas ini, merumuskan beberapa keputusan yang amat positif, dipercayai mampu untuk Harakah dan Harakahdaily berperanan secara lebih efektif terhadap massa.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dr Samsuri? Cadangan apa IQ zero yg pemalas tu boleh bagi?

noughr berkata...

these details bags replica ysl find out high quality designer replica see post replica bags buy online

bateys berkata...

naviguer vers ce site Web Dolabuy Chrome-Hearts déménagé ici https://www .dolabuy.co parcourir ce site jetez un œil ici