KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) ajak rakyat tolak kerajaan Umno-BN tahi judi


"Tolak...! Tolak...! Tolak Tahi!" - Pemimpin NGO Muslim Care, Ustaz Norazli Musa yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi judi" menggamatkan himpunan. Bukan sahaja mereka yang berjudi digelar oleh orang Melayu sebagai "tahi judi" tetapi menteri bertanggungjawab meluluskan lesen judi juga patut digelar "tahi judi" juga. Tetapi disambut jeritan hadirin "Tahi Kepala Judiiiii!" Hampir 3,000 orang sertai himpunan "Tak Nak Judi" di Masjid Negara, Sabtu 3 Julai lalu. Ia mencatatkan sejarah tersendiri.

Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Azmi Abdul Hamid berasa teruja kerana tidak menyangka ada rakyat yang boleh bangkit untuk menentang kemungkaran judi ini. Sejak beliau dilahirkan hingga ke hari ini, tidak terfikir, terdapatnya sekelompok rakyat yang peduli dengan kemungkaran judi serta sedia bangkit untuk membersihkan judi dari menjadi kemungkaran rasmi taja kerajaan Umno-BN.

Himpunan diketuai Azmi bersama para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kempen tersebut. Ia lanjutan kepada demontrasi aman menentang judi bola sepak yang telah dibatalkan lesennya oleh Perdana Menteri dua minggu lalu. Ia suatu kejayaan amat berharga buat GMJ dan rakyat seluruhnya.

"Selama 53 tahun... cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," kata Azmi berucap pada himpunan selama hampir 45 minit itu. Himpunan aman itu, jelas memberi isyarat rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan sesetengah pemimpin Umno-BN dalam menangani isu judi.

Tegasnya, kempen "Tak Nak Judi" anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberi lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini. Pada kesempatan itu, beliau melancarkan "Kempen Tak Nak Judi" dan serentak itu melancarkan juga sebuah buku terbitan Teras bertajuk "Judi di Malaysia: Menghalalkan yang haram -  Musibah kepada rakyat dan negara". Azmi yakin, rakyat kini sudah celik dalam banyak perkara, dan tidak semudah itu untuk pihak kerajaan melakukan sebarang dasar menuju mungkar apatah lagi yang membabitkan judi di pelbagai peringkat. 

Lebih 90 peratus yang hadir terdiri daripada anak-anak muda sekitar Lembah Klang, siswa-siswi IPTA serta IPTS. Mereka kelihatan begitu ghairah tampil menentang semua judi yang dimaksudkan itu dengan membawa tema "Belia benci judi" iaitu tema popular kerajaan BN memerangi dadah "Beliau benci dadah" yang bertukar fokus kepada judi.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan; Ketua Pemuda PKR; Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Penerangan PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang juga Setiausaha GMJ; Ketua Dewan Ulama PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin; dan beberapa pemimpin Islam dari negeri Pulau Pinang, Perak, serta wakil PKPIM, Abim, Gamis dan JIM.  Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Exco Pemuda PAS Pusat membacakan doa diakhir majlis.

Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden. Tiada trak FRU kelihatan. Perhimpunan aman berjalan aman. Satu lagi bukti, tanpa provokosi polis, perhimpunan aman tetap akan aman. 

1 ulasan:

Aizen berkata...

Hai... Saya dari tahun 2020... Just nak bagitau... 10 tahun akan datang PAS akan bersama dengan UMNO menghalalkan judi...