KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Naib Presiden Umno bernama Shafie digesa mohon maaf dan tarik balik tuduhan jahat


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,  Dato' Seri Mohd Shafie Apdal wajar memohon maaf dan menarik balik tuduhan biadapnya terhadap PAS sebagai 'parti ajaran sesat'. Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed menegaskan tuduhan PAS sebagai parti ajaran sesat seolah-olah menghina Islam itu sendiri kerana PAS dibentuk berdasarkan prinsip Islam. Katanya lagi, PAS merupakan parti yang 'halal' kerana dibentuk berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan termasuk dalam perlembagaan PAS.

"Tindakan mengatakan PAS sebuah parti ajaran sesat bercanggah dengan Al-Quran sendiri dan ini menggambarkan seolah-olah Islam adalah sesat. Secara tidak langsung beliau seolah-olah menuduh Islam agama yang sesat.

"Sedangkan PAS bersandarkan dengan sunnah Nabi serta menyambung ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Tuduhan tersebut sangat biadap kerana dasar yang dibawa PAS bukan dasar yang dibuat manusia tetapi bersandarkan kata-kata Allah dan hadis Nabi," tegasnya sewaktu dihubungi. Katanya lagi, dalam Al-Quran menyebut orang yang tidak ikut ajaran Islam adalah sesat dan ini bermakna mana-mana parti yang tidak ikut ajaran Islam, ia adalah sesat yang amat nyata.

Tambahnya lagi, tuduhan tersebut juga tidak dapat diterima bukan hanya dipihak PAS sebaliknya golongan bukan Islam. Ini kerana, telah terbukti golongan bukan Islam memberi sokongan kepada PAS dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS.

"Ini bermakna parti PAS bukan hanya diterima golongan Islam bahkan golongan bukan Islam. Buktinya 20,000 golongan bukan Islam memberi sokongan kepada PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya. Sehubungan itu beliau mendesak Mohd Shafie menarik balik tuduhan yang tidak berasas itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ηellο νeгу nice web sіtе!
! Man .. Beautiful .. Wondеrful .. ӏ'll bookmark your web site and take the feeds also? I am happy to seek out so many useful information right here in the post, we need work out more techniques in this regard, thanks for sharing. . . . . .

Also visit my web site; payday loans