Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung tohmahan kononnya Anwar agen CIA.
Rais juga diminta memohon maaf kepada, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat berikutan tuduhan melulu itu. Ini kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha Najib untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat, katanya. Malott menegaskan tidak pernah menjadi agen Amerika dan apa yang dikatakan Rais adalah tidak benar selain tersasar faktanya.
"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan pada 13 Julai.
Beliau berkata, dalam satu artikelnya yang disiarkan Malaysiakini pada tahun 2002 pernah menyentuh mengenai perkara tersebut dan menafikan secara khusus bahawa Anwar buka agen kepada Amerika.
"Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti," katanya lagi
Beliau juga memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali.
Bekas duta itu juga mempertikai kredibiliti Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fakta yang maklumat yang tepat dalam membuat tuduhan. Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku, katanya.
"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," ujarnya lagi.
Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari sesawang 'google' beliau akan mengetahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.
"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaimana orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?," katanya lagi
Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, Malott menasihatkan menteri senior itu memeriksa fakta. Malott juga berkata, sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.
"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.
"Mengapa anda (Rais) melemahkan usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang? Sekiranya Amerika gembira dengan usaha usaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.
3 ulasan:
Jika bloger itu dikatakan gila, bolehkah orang gila bercakap tentang Anwar Ibrahim, agen CIA, Malaysia dan sebagainya. Kalau nak menegakkan benang basah biarlah masuk akal. Gila isim tak mungkin?
ekekeke.....tanya kat malott, nape plak anwar dikatakan berbalas2 email dgn siblogger.
adakah anwar juga gila??....gila apa?? gila sex kee...kahkahkah
ciom.molott.
kita tak lupa malott ni sapa. dan apa peranan dia pada anwar masa thn 98 dulu.
bdak2 main parit, mungkin tak kenal anwar masa 98 dulu.
tapi bukan skrg... keep dreaming anwar....keep dreaming.
Catat Ulasan