KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Mengapa Umno tak manfaat Perlembagaan Persekutuan, soal Dr. Mujahid Yusuf


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata, Islam tetap terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan artikel 3 (2) yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Tegasnya, biar pun PAS dan Umno tidak bersatu, negara Malaysia tetap boleh mengamalkan dasar Islam, jika pemerintahnya ada kemahuan.

"Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tak payah sebut iaitu cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan Umno bersatu dan bekerjasama.

"Hakikatnya perkara itu sudah terjamin, jadi kenyataannya itu sebagai politik kosong dan tidak kira Umno atau PAS, Islam tetap terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu satu fakta, jadi bagi saya Lokman seolah-olah tak faham perlembagaan," katanya semasa dihubungi Harakah.

Mengulas lanjut, Ustaz Mujahid yang juga salah seorang ahli penel pada Wacana Perdana di Balai Islam Lundang 10 Julai lalu berkata tidak perlu menunggu PAS dan Umno bersatu baharu Islam kuat, sedangkan semasa PAS berkuasa di Kelantan sehingga hari ini negeri tersebut mahu memperkenalkan Enakmen Jenayah Syariah dan melaksanakan hukum hudud tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menolak dan mengugut Kelantan.

Antara panelis lain termsuklah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

"Begitu juga di Terengganu semasa PAS memerintah kita cuba hendak laksanakan pemerintah Islam tetapi mendapat pelbagai rintangan dan halangan daripada kerajaan persekutuan yang ditunggangi oleh Umno. Jadi Lokman kena tengok fakta dahulu jangan hanya sekadar bercakap untuk menyedapkan orang kononnya PAS dan Umno kena bersatu baru Islam boleh dilaksanakan," tegasnya.

Malah kata beliau lagi, PAS sahaja pun mampu melaksanakan Islam kerana ada peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang menghairankan beliau, Umno sendiri tidak mahu melaksanakan atau mengambi manfaat dari perlembagaan walaupun sudah lama berkuasa.

"Sebab ada kuasa negeri-negeri untuk melakukan Enekmen Jenayah Syariah jadi terpulang kepada yang memerintah untuk melaksananya itu. Nampaknya selama Umno memerintah mereka tidak mampu sebabnya, Umno tidak berusaha untuk membuat undang-undang jenayah syariah ataupun hukum hudud.

"Sedangkan PAS apabila pegang majoriti kita melakukan mengikut perlembagaan tetapi dihalang Umno." tegasnya yang jga Ahli Parlimen Parit Buntar. Oleh itu, dakwanya, Lokman mungkin jahil dalam perlembagaan dan hanya berbual kosong kerana seolah-olah hanya nampak Umno dan PAS perlu bersatu baru boleh melaksanakan dasar Islam.

Tiada ulasan: