Tindakan Kerajaan Persekutuan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 28 Jun lalu mengenai Perjanjian Konsesi Air antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan Kerajaan Selangor sebagai bukan dokumen rahsia/sulit sangat mengecewakan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud yang mewakili rakyat kecewa, ini kerana Kerajaan Pusat yang bercakap tentang ketelusan dan integriti tetapi dalam masa yang sama berlindung di belakang undang-undang untuk tidak mendedah perkara yang sepatutnya diketahui rakyat.
"Hakim menyatakan yang perjanjian konsesi serta laporan audit bukanlah diklasifikasi sebagai dokumen rahsia atau sulit. Ini merupakan perjanjian perniagaan, jadi tidak ada sebab mengapa kerajaan harus berlindung di belakang akta yang ada ini," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.
Katanya, walaupun ada pandangan lain, ia berhubung dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA), perjanjian itu merupakan perjanjian perdagangan atau perniagaan. "Itu tidak sepatutnya diklafisikasi sebagai sulit atau rahsia," tegasnya.
Pada 28 Jun lalu mahkamah mengarahkan kerajaan mendedah perjanjian konsesi air antara Kerajaan Selangor dengan Syabas diumumkan kepada awam. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.
Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap Kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi; Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu kata Shahir, berdasarkan kepada penghakiman tersebut MTUC dengan gabungan rakan-rakan yang menentang cara penswastaan yang lebih memihak kepada pemegang konsesi akan mengadakan jelajah untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penghakiman itu.
"Dalam tempoh terdekat kita akan terjemah kepada orang ramai apa sebenarnya yang diputuskan mahkamah," katanya. Malah katanya, orang ramai juga perlu tahu apa sebenarnya terkandung dalam perjanjian konsesi lain seperti tol ataupun elektrik.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad yang juga salah seorang ahli panel air Selangor mendakwa Kerajaan Pusat masih cenderung untuk melindungi Syabas dan Puncak Niaga yang menjadi pemilik konsesi air.
"Hampir tiga tahun kita berunding tetapi kita dapati Kerajaan Pusat masih cenderung untuk melindungi Syabas dan Puncak Niaga," katanya yang turut bersama dalam sidang media tersebut.
1 ulasan:
new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags
Catat Ulasan