KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 17, 2010

Sekat kebebasan media bukti Malaysia belum merdeka sepenuhnya - Dr Nasir Hashim


Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim menegaskan kerajaan sesebuah negara demokratik tidak akan membuat satu undang-undang yang menyekat hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.

Jelasnya, kewujudan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 hanya disalah guna untuk mengongkong pemikiran rakyat dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Genarasi akan datang akan terkeliru kerana perkara yang benar tidak dapat disampaikan dan gagal diatasi sama ada daripada segi ekonomi, politik atau sosial, ujarnya.

"Kerajaan hanya takut pada bayang-bayang sendiri kerana bergantung kepada akta ini. Mereka hanya takut kepada rakyat dan takut pada pemikiran baru. Kerajaan ingat mereka  sahaja yang benar tapi rakyat yang bersedih kerana hak mereka mendapatkan maklumat disekat.

"Umno-BN sebagai pemerintah seharusnya mempunyai  sikap tolak ansur untuk mendengar keluhan rakyat yang disampaikan melalui  media. Kongkongan begini hanya menjadikan negara kita berpaksikan pemerintahan kuku besi," tegasnya sewaktu dihubungi.

Dr Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara berpendapat kebebasan memberi pandangan tanpa sebarang sekatan dapat mengukuhkan serta menajamkan lagi daya menganalisis rakyat tentang sesuatu isu. Sebaliknya sekatan dan kongkongan keterlaluan akan menyebabkan rakyat menggunakan medium lain untuk mendapatkan maklumat.

"Keadaan ini akan membahayakan pemikiran rakyat. Kehadiran media baru seperti blog juga dikatakan mengancam keselamatan. Kerajaan Umno-BN hanya mempertahan kedudukannya dan bukan kedudukan negara, keselamatan serta kebajikan negara," tegasnya.

Sehubungan itu, tegasnya negara  masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya kerana pendekatan demokratik hanya sekadar hebahan tanpa diaplikasi sepenuhnya dengan memberi ruang kepada rakyat kebebasan mendapatkan maklumat.

Tiada ulasan: