KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 22, 2010

Anuar Musa, Nasharuddin, sami antara yang raikan perkahwinan anak bongsu Mursyidul Am PAS


Selamat pengantin baru
Selamat berbahgia
Semoga ke anak cucu
Selamat sejahtera…

Itu antara bait-bait lagu dendangan allahyarham Puan Sri Saloma yang sering ke udara di mana-mana majlis kenduri kendara.

Bagaimanapun apa yang berlaku amat berlainan sekali dengan majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri bongsu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tanpa sebarang lagu, namun majlis penuh ceria dan meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan agama. Malah sewaktu azan berkumandang sama ada solat Zohor atau Asar, petugas serta para tetamu terutama muslimin masing-masing meluru ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah dengan Tuan Guru.

Majlis kesyukuran sempena majlis perkahwinan Nik Asma’ Salsabila Nik Abdul Aziz dan Ahmad Asyraf Zainuddin bukan sahaja meriah sebaliknya telah berjaya menyatu padukan pelbagai masyarakat dan bangsa.
Ianya jelas menzahirkan rasa kasih mesra antara Tuan Guru serta tetamu yang hadir.

Majlis kesyukuran yang diadakan pada hari Sabtu 17 Julai lalu dihadiri oleh pelbagai golongan dan lapisan masyarakat di negeri ini termasuk luar Kelantan. Masyarakat Kelantan yang berbangsa Siam, India, Cina dan lain-lain bangsa turut dijemput pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Selain itu, tetamu yang mewakili badan-badan bukan kerajaan seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan, Dewan Perhimpunan Cina Kelantan di samping rimbongan dari Kelab SYM Motosikal Kuala Lumpur juga turut hadir pada majlis itu.

Selain masyarakat awam, pimpinan masyarakat juga hadir, antara tetamu yang menjadi perhatian ramai ialah bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Anuar Musa. Sebaik sahaja Tuan Guru melihat kehadiran Tan Sri Anuar, beliau terus bangun dari kerusi dan  menghulurkan tangan sebaik sahaja pemimpin Red Warriours itu menghampirinya.

Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Md Isa, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dato' Kamaruddin Jaafar dan Bendahari PAS Pusat adalah antara pimpinan PAS Pusat, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat juga hadir.

Kehadiran sekumpulan para sami yang berpakaian tradisi mereka berwarna ‘oren’ turut menjadi perhatian tetamu lain. Mereka turut mendapatkan Tuan Guru untuk bersalaman serta bertanya khabar di antara satu sama lain.

Tuan Guru ketika ditemui pada majlis kesyukura itu melahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan baik dengan kehadiran tetamu yang tidak pernah kunjung padam. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas semua peringkat kerana telah membantu menjayakan majlis berkenaan.

"Tanpa mereka sudah pasti majlis ini tidak akan berjalan lancar. Saya difahamkan mereka tidak tidur sampai ke pagi semata-mata nak siapkan majlis ni. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang terlibat," ujarnya dengan ceria.

Nik Asma’ lepasan Ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Al-Azhar Mesir, manakala suaminya juga berkelulusan diperingkat Ijazah dalam bidang Syariah di Jordan. Ahmad Asyaf juga anak kepada pemaju perumahan terkenal di Terengganu yang juga Anggota Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Pusat dan juga Bendahari PAS Terengganu. - Salmah Mat Husain & Foto Rizal Tahir

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Smith who had sex drive in women over 50 long been
desolate. The medical system of Ayurveda sex drive in women over 50
has 8 branches of treatment of which Vajeekarana
or Virility Therapy is dedicated to only sex life.



Here is my page :: Buy Male Enhancement

Tanpa Nama berkata...

This material may not be what the Archbishop of York, John Sentamu, had in mind when he went to to get that sexy body in time for the summer holidays.
It aminophenol bikini line hair removal can prevent the arteriosclerosis.

Start walking for weight bikini line hair removal
loss, according to" Homemade Supplement Secrets" by Jeff
Anderson. Great move by owner Tom Benson to give coach Sean Payton said
Shockey was feeling better Monday than he did Sunday.


My homepage - ultrahairawayscam.com

jeje berkata...

jinyi925
pandora
nba jerseys
christian louboutin
jordan 8
hermes belt
yeezy boots 350
michael kors outlet
michael kors outlet
kate spade outlet
supreme clothing